Artikel 1
Siswazah mampu selesaikan masalah pengangguran
Oleh ROZAINAH ABDUL
RAHIM
PENULIS ialah pelajar di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam
PENULIS ialah pelajar di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam
Kadar
pengangguran di kalangan siswazah di negara ini semakin hari kian bertambah,
apa puncanya dan adakah ia relevan berlaku kepada pelajar lepasan universiti?
Apakah sebenarnya masalah yang menyebabkan mereka menjadi penganggur?
Kebanyakannya
bukan tidak mendapat pekerjaan atau sebarang tawaran tetapi mungkin kerjaya
yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan minat mereka. Kebanyakan mereka masih
mencari kerjaya yang dirasakan bersesuaian dengan status mereka sebagai lepasan
universiti.
Antara
faktor yang menyebabkan pengangguran ialah sikap siswazah yang terlalu memilih
pekerjaan atau tidak berminat dengan sesuatu pekerjaan yang ditawarkan kerana
beranggapan tidak setaraf dengan kelulusan mereka semasa menuntut di universiti
malah lebih suka tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan daripada
bekerja yang bukan dalam bidang mereka.
Pemikiran
minda graduan yang beranggapan lebih baik menganggur selagi belum ada kerja
yang sesuai seharusnya dibuang kerana sikap ini merugikan diri sendiri dan
sektor pekerjaan yang memerlukan tenaga kerja.
Jika
dilihat, banyak sebenarnya peluang pekerjaan ditawarkan tetapi para graduan
tidak pandai mengambil peluang yang ada. Selain itu, mereka juga boleh
memperolehi pekerjaan dengan pelbagai cara selain bergantung pada sektor
pekerjaan sedia ada.
Sebagai
contoh, mereka boleh memulakan perniagaan sendiri dengan menggunakan ilmu yang
telah dipelajari semasa menuntut di universiti. Ini kerana, pelajar universiti
telah sedia dilatih dengan ilmu semangat keusahawanan yang membolehkan mereka
berniaga sendiri yang ternyata boleh membawa keuntungan tanpa bergantung kepada
majikan kerana pendapatan adalah atas hasil usaha sendiri.
Sememangnya
persaingan antara graduan merupakan salah satu masalah besar yang mendorong
kepada pengangguran siswazah terutama faktor kelulusan yang tidak sesuai dengan
permintaan dunia kerjaya. Terdapat senarai kriteria yang dispesifikasikan oleh
majikan dalam memilih graduan yang diingini.
Graduan
yang mempunyai kelulusan yang tidak memuaskan atau cemerlang akan menghadapi
masalah dan terpaksa menganggur dalam masa yang lebih lama.
Pengangguran
di kalangan siswazah akan terus terjadi sekiranya mereka tidak berusaha mencari
alternatif membina kerjaya sendiri atau menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi
seperti bidang keusahawanan yang boleh membantu menggerakkan ekonomi di samping
dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan lain.
Peluang
bagi golongan siswazah menceburi pelbagai bidang pekerjaan persendirian,
perniagaan dan keusahawanan amat luas. Bidang-bidang yang boleh diceburi ini
bagaimanapun memerlukan inisiatif dan kegigihan selain pemikiran yang kreatif
untuk menuju kejayaan.
Penguasaan
penggunaan bahasa Inggeris dengan baik juga merupakan faktor penting yang
memudahkan seseorang graduan itu mendapat peluang pekerjaan yang diinginkan
selain kebanjiran para siswazah dari institusi pengajian tinggi awam dan juga
swasta yang terlalu banyak sehinggakan jumlah penganggur dan kerja kosong tidak
sama rata.
Kemahiran
bahasa ketiga merupakan bonus kepada diri siswazah kerana ia satu kelebihan
yang melengkapi pakej seseorang dalam urusan kerja yang memerlukan perhubungan
dengan pihak luar seperi bahasa Mandarin, Jepun, Perancis, Jerman, Arab dan
Korea. Majikan semestinya akan memilih untuk mengambil pekerja yang mempunyai
kelebihan seperti penguasaan bahasa ketiga yang akan menyumbang kemudahan
kepada syarikatnya pada masa akan datang.
Para
siswazah juga hendaklah membiasakan diri dengan aktiviti luar dan sosial
seperti aktiviti kemasyarakatan dan tidak menumpukan pada akademik semata-mata.
Mereka juga perlu melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang akan melatih
diri bagaimana menghadapi khalayak ramai, menyelesaikan masalah, berorganisasi,
dan melakukan tugas dengan baik.
Aktiviti
bersosial boleh memberi banyak kelebihan pada diri seseorang berbanding duduk
di rumah sahaja menunggu panggilan kerja yang belum tentu. Pihak majikan
biasanya mementingkan pengalaman berbanding dengan akademik kerana jika mereka
mengadakan latihan intensif untuk pekerja baru, ia akan memerlukan perbelanjaan
dan mengambil masa.
Pengangguran
siswazah tidak memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan
negara. Masalah ini haruslah dibendung segera oleh siswazah dengan bersikap
tidak terlalu memilih pekerjaan dan berfikir secara profesional terhadap
sesuatu pekerjaan dan mempunyai sikap bertanggungjawab kepada diri, keluarga,
masyarakat dan negara.
Selain
itu juga, pihak kerajaan dan IPTA turut memainkan peranan penting dalam
menangani masalah pengangguran dengan melaksanakan program di sekolah atau
universiti berkaitan kerjaya. Kursus-kursus dan perancangan mengenai kerjaya
perlu diadakan untuk graduan dalam pelbagai bidang bagi mewujudkan modal insan
yang terlatih.
Para
pendidik juga memainkan peranan besar dalam membimbing para pelajar yang masih
di bangku sekolah atau di IPT supaya bersedia dan merancang lebih awal untuk
memilih bidang kerjaya sesuai dengan kemahiran dan kehendak persaingan di
pasaran supaya mendapat tempat dalam pekerjaan yang sesuai.
Oleh itu,
graduan perlu berfikir secara profesional dan bijak merancang masa hadapan dan
tidak salah jika bermula dari bawah untuk memperolehi pengalaman dan bukannya
terus berada di atas.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120618/re_07/Siswazah-mampu-selesaikan-masalah-pengangguran#ixzz4qciiZ09a
© Utusan
Artikel 2
ISU PENGANGGURAN SISWAZAH
·
·
Pengangguran di
kalangan siswazah di negara kita semakin meningkat, mengapa dan wajarkah ianya
terjadi kepada pelajar-palajar lepasan universiti? Apakah masalah sebenar yang
menyebabkan pelajar lepasan universiti itu menganggur?
Faktor-faktor
Pengangguran
Masih ramai graduan yang menganggur walaupun mereka sudah
beberapa tahun menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).
Kebanyakan mereka bukan tidak mendapat pekerjaan atau tidak menerima sebarang
tawaran tetapi mungkin tugas yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan mereka.
Kebanyakan graduan ini masih mencari pekerjaan yang dirasakan tidak bersesuaian
dengan status mereka sebagai bekas penuntut universiti.
Menurut Mohd Suhaidi B. Sautar, 25, pelajar tahun tiga Fakulti
Pengajian Bahasa Utama, antara faktor yang menyebabkan pengangguran di kalangan
siswazah ialah sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan atau
sesuatu pekerjaan yang ditawarkan itu tidak setaraf dengan kelulusan dan bukan
bidang mereka semasa belajar di universiti. Mereka lebih suka tinggal di rumah
tanpa melakukan apa-apa pekerjaan daripada bekerja bukan dalam bidang mereka.
Mereka lebih sanggup menganggur daripada bekerja sebagai kerani
atau jawatan lain yang dirasakan kurang setaraf walaupun sebenarnya lebih baik
bekerja daripada menganggur. Pemikiran "lebih baik menganggur selagi tidak
jumpa kerja sesuai" perlu dibuang dari minda setiap graduan kerana ia
bukan sahaja merugikan mereka, malah merugikan sector yang memerlukan tenaga
kerja.
Sebenarnya, peluang pekerjaan yang ditawarkan masih banyak
tetapi mereka tidak tahu mengambil peluang ini. Di samping itu, terdapat beberapa
agensi usahawan yang menawarkan peluang keusahawan bagi mereka yang berminat
memilih keusahawan sebagai kerjaya pilihan. Selain itu, mereka juga boleh
memperolehi pekerjaan dengan pelbagai cara. Contohnya mereka menceburi bidang
pertanian dan mengusahakan kawasan terbiar sehingga memperolehi hasil dan
menjadikan petani yang berjaya. Oleh demikian, bukan kerja kosong tidak ada
tetapi sikap yang terlalu memilih kerja di kalangan graduan menyebabkan
pekerjaan itu tidak dapat diisi.
Menurut Arnida Abu Bakar, 31, pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa
Utama berkata, "salah satu masalah penting menyebabkan berlakunya
pengangguran siswazah ialah kelulusan mereka tidak sesuai dengan permintaan
dunia pekerjaan." Majikan akan lebih berhati-hati menggunakan kriteria ini
untuk memilih graduan-graduan yang diperlukan. Graduan yang mempunyai kelulusan
yang tidak boleh dipasarkan akan menghadapi krisis dan terpaksa menganggur
dalam tempoh yang lebih lama. Keperluan pengambilan dan penambahan tenaga buruh
pula akan dihitung dengan lebih teliti dari segi keberkesanan kos dan
produktiviti. Perlumbaan untuk mendapatkan pekerjaan dijangka akan lebih
bersifat persaingan dan ini akan memberi faedah yang besar kepada majikan untuk
memilih kualiti tenaga yang terbaik yang menguntungkan firma-firma perniagaan
mereka.
Pengangguran di kalangan siswazah akan terus berlaku sekiranya
mereka tidak berusaha mencari alternatif baru membina kerjaya persendirian atau
menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti bidang keusahawanan yang boleh
membantu menggerakan ekonomi di samping dapat berperanan memberi peluang
pekerjaan kepada golongan lain. Ruang bagi golongan mahasiswa menceburi
pelbagai bidang pekerjaan persendirian, perniagaan dan keusahawanan begitu
luas. Bidang-bidang yang boleh diceburi ini bagaimanapun memerlukan inisiatif
dan kegigihan.
Menurut Hafsah Mohamed, 23, pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian
Bahasa Utama, pengangguran di kalangan siswazah semakin meningkat setiap tahun
adalah di antara isu-isu yang saban hari kali diperkatakan. Antara faktor yang
menyumbangkan terhadap kewujudan dilemma ini adalah kerana mereka tidak dapat
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik serta kebanjiran
siswazah-siswazah dari institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta yang
begitu banyak sehiggakan nisbah jumpa penganggur dan kerja kosong tidak sama
rata. Selain itu juga, taraf pendidikan/ piawaian peperiksaan dan kelulusan
siswazah-siswazah yang agak rendah, membuatkan mereka jarang di beri peluang
pekerjaan.
Kesemua faktor-faktor ini berhubungkait antara satu sama lain.
Kebanyakan pelajar berjaya mendapat ijazah masa kini walaupun purata pencapaian
tidaklah di tahap yang memuaskan. Dengan pencapaian tahap rendah, iaitu
kemungkinan CGPA 2.4 ke bawah, agak sukar bagi mereka mendapatkan peluang
pekerjaan segera. Majikan-majikan akan memilih siswazah-siswazah yang cemerlang
dan mepunyai kemahiran serta pengalaman bekerja. Pada masa yang sama, kebolehan
berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris memainkan peranan yang paling penting di
dalam setiap temuduga. Kebanyakan siswazah yang kurang fasih berbahasa Inggeris
akan merasakan kesukaran mendapat tawaran kerja. Namun begitu, ada juga
segelintir siswazah yang mempunyai pencapaian yang cemerlang tetapi tidak
mendapat peluang pekerjaan, ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran dan
pengalaman bekerja serta tiada keyakinan pada diri semasa temudaga diadakan.
Menurut Mohd Faiz Zharif B. Shamat, 24, seorang pelajar lepasan
Kolej Universiti Islam Selangor di dalam pengkursusan Diploma Pengajian Islam
(Usuluddin), pernah menganggur selama enam bulan di rumah tanpa melakukan
apa-apa pekerjaan dan tinggal bersama keluarga kerana sikapnya yang malas
bekerja dan ingin rehat di rumah serta tidak bersedia untuk bekerja. Di dalam
tempoh pengangguran itu dia hanya mengharapkan sumber pendapatan daripada
ibubapanya. Selain itu juga, “saya adalah seoarang yang cerewet memilih
pekerjaan, dan mahukan gaji yang tinggi dan memilih penempatan yang sesuai bagi
diri saya tanpa berfikir dengan kelulusan saya semasa belajar di kolej dahulu,”
ujarnya.
Menurutnya lagi selepas enam bulan menganggur, dia mula
merasakan bosan tinggal di rumah dan tidak mengetahui dunia luar, lalu membuat
keputusan mencari kerja dan bertekad untuk bekerja tidak kira apapun pekerjaan
asalkan sumber pendapatan itu halal serta boleh menyara kehidupanya. Selepas
itu dia mendapat kerja di satu tempat isi minyak Petronas di Batang Kali
sebagai atenden pam dan bekerja sepenuh masa di situ.
Menurut Amzan B. Satiman, 41, Pensyarah Kolej Universiti Islam
Selangor berkata, “faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah dari
segi perindustrian. Kebanyakan siswazah tidak tahu membawa diri dalam dunia
reality, mereka hanya mementingkan akademik semata-mata. Pembelajaran tidak hanya
tertumpu di dalam kelas sahaja tetapi ianya merangkumi aktiviti luar.
Aktivi-aktiviti ini yang memberikan kita banyak pengalaman, dan mengajar kita
bagaimana cara untuk berhadapan dengan khalayak ramai,
berorganisasi,menyelesaikan masalah serta melakukan tugas denan baik.”
Pihak swasta selalunya lebih mementingkan pengalaman berbanding
dengan akademik, ini kerana kos untuk mengadakan latihan etensif kepada pekerja
baru akan membelanjakan wang banyak dan memberi sedikit kerugian kepada
sesebuah syarikat pada masa itu. Selain itu juga, siswazah harus bijak dan
aktif dalam berkomunikasi serta cemerlang dalam pelajaran dan korikulum.
Pengangguran siswazah boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada
diri pelajar itu sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Contohnya apabila
seseorang itu tidak mempunyai pekerjaan atau tidak mempunyai wang untuk
keperluan harian, kemungkinan dia akan memilih jalan yang mudah untuk
mendapatkan hasil yang lumayan dengan melakukan perkerjaan yang menyalahi
undang-undang, contohnya merompak. Pekerjaan seperti ini akan mendatangkan
risiko kepada dirinya sendiri serta kepada orang lain. Semua ini terjadi kerana
seseorang itu berfikiran sempit, terdesak atau tertekan dengan tiadanya
pekerjaan.
Cara-cara Mengatasi Pengangguran
Menurut Hamid, 41, Pesyarah Kolej Universiti Islam Selangor
(KUIS), berkata “masalah pengangguran siswazah boleh diatasi dengan pelbagai
cara. Antaranya ialah sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan
serta perlu berfikir secara profesional dan janganlah bersikap negatif terhadap
sesuatu pekerjaan, kerana ianya akan merugikan diri sendiri. Di samping itu,
mereka perlu pilih kerjaya yang betul dan mempunyai sikap tanggungjawab kepada
diri, keluarga, masyarakat dan negara.”
Selain itu , kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan program sekolah atau
universiti kerjaya dengan jelas. Mereka perlu mengadakan kursus khas atau
perancangan tegas kepada graduan daripada menyediakan pekerja untuk sektor awam
atau swasta kepada sektor keusahawanan, pertanian, perlombongan dan lain-lain
lagi.
Kerajaan juga perlu mewujudkan pusat maklumat siswazah di semua
IPTA dan IPTS dengan aktif membuat aktiviti-aktiviti penyelidikan mengesan
siswazah secara berkala dan melaksanakan program penempatan guru siswazah
sehingga 50% pada tahun 2010 di semua sekolah rendah. Ini untuk memastikan
model insane dan model budaya dapat digunakan denga cara yang lebih wajar oleh
guru-ghuru yang terlatih.
Menurut Amzan, 41, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor
(KUIS), berkata, “ kursus yang ditawarkan oleh IPTA atau IPTS hendaklah
berasaskan analisis keperluan tenaga kerja dalam semua jenis sektor di negara
ini bukan hanya bersandarkan kepada keupayaan ademik di sesebuah IPTA atau
IPTS.”
Di samping itu, golongan yang masih belajar di sekolah atau IPT
perlu memilih bidang paengajian yang boleh disesuaikan dengan penawaran kerja
di pasaran. Kerja yang ditawarkan di pasaran melebihi jumlah golongan
penganggur, tetapi pemikiran mereka harus diubah. Pemikiran “lebih baik
menganggur selagi tidak jumpa kerja sesuai” harus dibuang jauh-jauh dari minda
setiap graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah ia merugikan
sektor yang memerlukan tenaga kerja
Graduan perlu memperbaiki kelemahan berbahasa Inggeris untuk
memberi diri kelebihan mendapat pekerjaan. Oleh itu, kerajaan haruslah menaikan
taraf pendidikan dan juga terus mempromosikan kepentingan Bahasa Inggeris di
kalangan siswazah agar masalah ini tidak akan menghantui fikiran semua rakyat
Malaysia di masa akan datang. Selain itu, graduan juga perlu bijak
berkomunikasi dan mempunyai keyakinan diri sermasa berhadapan dengan orang
lain, jangan takut dan teragak-agak menjawab apabila berinteraksi dengan orang
berpangkat atasan.
Kesimpulanya, graduan harus bijak mengatur langkah kehidupan
masing-masing, jangan terlalu memikirkan profesional. Graduan perlu bermula
dari bawah untuk dapatkan pengalaman, bukanya terus dari atas. Justeru ,
graduan tidak seharusnya terlalu bersikap memilih , kerana ini bukan saja untuk
kebaikan negara,malah ia juga untuk kebaikan diri graduan itu sendiri dan sikap
seperti ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan ke atas diri mereka sendiri.
Bayangkan berapa banyak pengalaman bekerja dan pendapatan yang mereka rugi jika
hanya duduk di rumah disebabkan sikap memilih kerja. Selain itu, mereka harus
mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja.. Oleh itu, mereka haruslah
berfikiran terbuka dan bijak dalam menagani masalah ini agar tidak menyesal di
kemudian hari. Bak kata pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian,” dan satu lagi
pepatah yang mengatakan, “di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan nak seribu
daya tak nak seribu dalih.”
Artikel 3
Istilah pengangguran digunakan apabila seseorang yang boleh
bekerja dan mahu bekerja tetapi tidak dapat untuk menceburkan diri ke dalam
bidang pekerjaan. Dalam masyarakat, mereka perlu bekerja untuk mencari nafkah
untuk menyara kehidupan diri dan keluarga. Oleh itu, masalah pengangguran
merupakan masalah yang perlu dipandang serius. Kadar pengangguran didalam
sesebuah Negara dapat menunjukkan sejauh mana kecekapan penggunaan sumber
tenaga yang ada dalam sesebuah Negara dan ia juga digunakan sebagai indeks
dalam aktiviti ekonomi.
Antara faktor yang mempengaruhi kadar pengangguran di
Malaysia :
Sikap graduan yang terlalu memilih pekerjaan. Graduan yang
ada pada masa kini lebih memilih untuk bekerja dalam pejabat yang berhawa
dingin berbanding bekerja di ladang ternakan.
Prestasi atau kelayakan graduan yang terlalu tinggi
berbanding jawatan yang ditawarkan dalam pasaran kerja. Contohnya, untuk
memenuhi jawatan juruteknik hanya memerlukan kelulusan di peringkat sijil
sahaja tetapi kebanyakan calon yang hadir dalam temuduga adalah dikalangan
pemegang diploma dan ijazah. Seandainya mereka diterima untuk bekerja, akan
menimbulkan isu mengenai kadar pembayaran gaji yang diberikan dianggap tidak
sesuai jika dibandingkan dengan kelulusan graduan tersebut.
Percambahan pusat pengajian tinggi sama ada swasta dan
kerajaan yang menawarkan program pada peringkat sijil, diploma dan ijazah.
Selain itu, syarat untuk pengambilan pada masa kini adalah jauh lebih mudah
jika dibandingkan dengan syarat pengambilan 15 tahun lalu. Ini membolehkan mereka
yang lepasan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) mudah untuk melanjutkan pelajaran
ke peringkat sijil, diploma dan ijazah. Perkara yang hanya membezakan mereka
adalah sama ada mereka daripada Universiti awam atau swasta. Ini akan
menyebabkan berlakunya lambakan graduan yang akan masuk ke dalam pasaran kerja
dimana peluang pekerjaan yang wujud dalam pasaran adalah terhad.
Pihak majikan yang mahu mengurangkan kos perbelanjaan. Ia
merujuk kepada kes pengangguran yang berlaku kepada pemegang ijazah sarjana atau
master. Mereka yang dahulunya telah mendapat pekerjaan telah berhenti kerana
ingin menukar kepada bidang pekerjaan yang lebih baik tetapi telah menganggur
kerana mereka mempunyai kelulusan yang tinggi dan berpengalaman. Oleh itu,
mereka mengharapkan ganjaran gaji yang lebih tinggi. Ini menyebabkan mereka
tidak diambil bekerja kerana majikan lebih merujuk untuk mengambil graduan baru
kerana gaji yang perlu dibayar kepada mereka jauh lebih rendah. Dengan ini
majikan dapat menjimatkan kos.
Pengangguran yang berlaku didalam Negara akan memberikan
kesan yang negatif kepada ekonomi Negara antaranya :
Penurunan keluaran
Negara. Ini berlaku apabila tenaga manusia yang dimiliki tidak digunakan
sepenuhnya dalam beberapa sector ekonomi menyebabkan pengeluaran dalam sektor
tersebut berkurangan seterusnya akan mengakibatkan keluaran Negara berkurangan.
Taraf hidup penduduk yang menurun. Taraf hidup penduduk di
dalam sesebuah Negara dapat diukur berdasarkan kepada pendapatan per kapita.
Apabila wujudnya ramai tenaga buruh yang menganggur menyebabkan keluaran Negara
kasar berkurangan dan ini akan menjejaskan pendapatan per kapita Negara.
Pendapatan per kapita yang rendah menunjukkan bahawa taraf hidup penduduk
Negara tersebut pada tahap yang rendah.
Pembangunan Negara menjadi perlahan. Ini terjadi apabila
infrastruktur didalam sesebuah Negara tidak dapat dibangunkan untuk tujuan
pembangunan Negara kerana pendapatan Negara yang tidak mencukupi untuk
dibelanjakan kearah pembangunan infrastruktur .
Kesimpulannya,
Semua pihak perlu bekerjasama dalam mengatasi masalah ini.
Ini kerana masalah pengangguran merupakan
masalah yang serius dan ia mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi sesebuah
Negara. Graduan perlu dilatih untuk menceburkan diri ke dalam bidang
keusahawanan dan diberikan kemudahan pinjaman dengan kadar faedah yang
berpatutan. Dengan ini dapat meransang graduan untuk menjadi seorang usahawan
berjaya dan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam pasaran.
Artikel 4
Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan
yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat.
Bantuan kewangan ini perlulah besar yakni menelan berbilion ringgit supaya
lebih banyak projek pembangunan dijalankan secara serentak. Apabila semua
projek pembangunan dijalankan serentak sudah pasti jumlah pekerja yang
diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini
hendaklah diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi
yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi
berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan
pesat membangun jika kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak
untuk mewujudkan peluang pekerjaan.
Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan
pelbagai insentif baru kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih
banyak kawasan industri dan pemberian bebas cukai kepada industri yang tidak
membuang pekerjanya. Pelbagai insentif ini mampu menguatkan semangat kepada
ahli perniagaan untuk mencuba melakukan sesuatu yang baru dalam perniagaannya
dan juga mengharungi cabaran kegawatan ekonomi dengan lebih terbuka dan
rasional kerana menyedari bahawa pihak kerajaan berusaha untuk menyelamatkan
mereka juga. Semua idea baru yang diperkenalkan sudah pasti mampu memberikan
suntikan kepada ahli perniagaan untuk meneruskan kerja mereka tanpa perlu
membuang pekerja sebaliknya mereka mungkin memerlukan lebih ramai pekerja untuk
mengambil kesempatan yang wujud itu. Maka, kerajaan perlu memberikan idea-idea
baru yang mampu memudahkan ahli perniagaan untuk menjalankan peranan mereka
dengan lebih efektif.
Selain itu, usaha untuk memperkenalkan negara harus
ditingkatkan oleh kerajaan menerusi pameran dan kunjungan rombongan ekonomi ke
negara-negara lain. Lawatan sebegini menyebabkan lebih banyak negara luar
menyedari kelebihan dan kepentingan mendirikan perniagaan di Malaysia
berdasarkan maklumat yang tepat diperoleh daripada ahli-ahli rombongan ini.
Kemasukan lebih banyak model asing ke negara ini sudah pasti mampu menjana
lebih banyak aktiviti ekonomi bersama-sama dengan pakej ekonomi yang sebelum
ini ditawarkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi. Hal ini
membuktikan bahawa usaha memperkenalkan negara ke mata dunia amat penting
terutama jika semua rombongan ini digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak
hanya sebagai satu lawatan sahaja.
Pihak swasta pula terutama ahli perniagaan turut mempunyai
peranan tersendiri yakni mereka perlu sanggup berkorban ketika negara mengalami
masalah kegawatan ekonomi ini. Pengorbanan mereka itu boleh dijelmakan dalam
bentuk mengurangkan gaji atau ganjaran buat mereka dalam bentuk bonus dan
sebagainya supaya wang itu boleh digunakan untuk memastikan syarikat terus
wujud lalu tidak membuang pekerja yang boleh menambahkan jumlah pengangguran.
Kehidupan mereka yang sudah lama hidup mewah perlu dikorbankan demi kemajuan
negara pada masa hadapan kerana jika mereka masih mengaut keuntungan menerusi gaji
dan bonus yang tinggi sudah pasti syarikat mereka akan kekurangan sumber
kewangan untuk mengharungi zaman kemelesetan ini. Oleh itu, pihak swasta harus
juga memikirkan orang lain dan tidak hanya mamu menyelamatkan diri mereka
sahaja dalam kegawatan sebegini.
Artike 5
Setakat Jun 2015 dianggarkan Malaysia mempunyai 14.7 juta
tenaga kerja dengan lebih 400,000 orang termasuk dalam golongan mencari
pekerjaan pada setiap masa atau menganggur.
Seramai 107,000 orang daripada jumlah penganggur itu pula terdiri
daripada graduan lepasan diploma, ijazah dan ke atas. Dengan istilah lain,
kadar pengangguran di Malaysia berada pada paras 3.2 peratus daripada jumlah
tenaga buruh.
Tersentak dengan jumlah berkenaan? Jika kini jumlah itu
dilihat agak tinggi, bagaimana pula keadaannya pada tahun-tahun akan datang?
Ini kerana setiap tahun, universiti awam mahupun swasta kita melahirkan ramai
graduan. Bagaimanapun, pada ketika ini, itu adalah hakikat yang perlu diterima.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid
Omar berkata, walaupun kadar pengangguran itu belum dikategorikan sebagai
membimbangkan, Kerajaan tetap berkewajipan untuk mencari langkah bersesuaian
bagi menangani masalah pengangguran.
Maka, lahirlah program dan skim latihan pekerjaan untuk golongan
terbabit seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), iaitu satu projek tanggungjawab
korporat sosial (CSR) bagi meningkatkan kebolehpasaran dan keupayaan graduan
mendapatkan pekerjaan.
“Kita mahu membantu mereka seramai mana yang kita boleh dan
dengan menyediakan pelbagai latihan bermanfaat terkandung di dalam SL1M, ia
dirasakan amat bertepatan.
“Selain itu, dalam hal ini juga, menjadi keperluan pihak
industri dan majikan untuk membantu Kerajaan menyediakan tempat dan peluang
pekerjaan kepada golongan muda yang menganggur,” katanya.
Menurutnya, Kerajaan mensasarkan untuk melahirkan seramai
15,000 pelatih SL1M menjelang 2016 berbanding 10,000 tahun ini.
Statistik menunjukkan, setakat ini, sebanyak 210 syarikat
swasta dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) yang menyertai SL1M terus komited
dan pihaknya yakin jumlah itu dapat ditingkatkan lagi menerusi semasa ke semasa
dalam membantu meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui Program SLIM
yang dijalankan oleh syarikat masing-masing.
“Kami sentiasa mengalu-alukan syarikat sama ada di bandar
mahupun luar bandar yang ingin terbabit sama dalam program SL1M sebagai
komitmen menyokong agenda pembangunan modal insan yang berdaya saing.
“Program latihan seperti ini bukan saja dapat mengurangkan
kadar pengangguran dalam kalangan graduan, tetapi juga meningkatkan bilangan
graduan yang mempunyai pengalaman alam pekerjaan yang sebenar.
“Malah, menerusi pengalaman saya berjumpa dengan peserta,
mereka berubah menjadi lebih baik dari segi pertuturan, penampilan mereka dan
amat berkeyakinan tinggi apabila berhadapan dengan orang ramai selepas
menyertai program ini,” katanya.
Sejak 2011 hingga kini, seramai 70,000 graduan di seluruh
negara dibantu SL1M dan daripada jumlah itu, seramai 26,140 graduan dibantu
secara terus menerusi program SL1M yang dijalankan oleh syarikat, manakala
graduan selebihnya dibantu secara tidak langsung menerusi ‘Program Outreach’
SL1M yang dijalankan di seluruh negara.
Program SL1M dikelolakan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri melalui kerjasama dan komitmen daripada GLC dan syarikat swasta
seluruh negara. Fokus utama program ini adalah graduan ijazah sarjana muda dan
ke atas yang belum mendapat pekerjaan, berasal daripada keluarga berpendapatan
rendah dan tinggal di luar bandar.
Peserta akan dilatih firma yang ambil bahagian bagi
meningkatkan keyakinan diri dan mendapat pekerjaan di syarikat berkenaan,
tertakluk kepada kekosongan jawatan dan prestasi peserta.
Peserta atau graduan terbabit juga diberi pendedahan serta
pengalaman kerja sebenar di syarikat yang terdiri daripada pelbagai sektor di
seluruh negara. Pasukan petugas tentu boleh menambah baik aplikasi konsep atau
pendekatan ini bagi membantu graduan lebih mudah mendapat pekerjaan.
Buktinya, SL1M mendapat sambutan dan penyertaan menggalakkan
daripada GLC dan syarikat swasta serta graduan sejak dilancarkan pada 1 Jun
2011.
Artikel 6
Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan
telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih
banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan
negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini.
Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan
ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan
Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan petrumbuhan ekonomi
negara selain mengurangkan pelbagai cukai.
Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk
memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan
mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti
Jerman. Program ini mampu menyediakan atu sumber manusia yang mempunyai
kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang
berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing
kelak.
Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan
terutamanya kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan
untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan
mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak
industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan
yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan
mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.
Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru.
Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri
mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang
sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang
hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.
NEGARA kita pernah mengalami kemelesetan ekonomi pada
pertengahan tahun 1980-an.
Ketika itu berbagai-bagai langkah telah diambil oleh kerajaan
bagi menangani masalah pengangguran di kalangan tenaga kerja khususnya lepasan
universiti
Salah satu langkah yang dilaksanakan ketika itu ialah Operasi
Isu Penuh yang diinisiatifkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Menerusi operasi atau skim tersebut, lepasan universiti
diambil bekerja dengan jabatan dan kementerian dengan diberi tugas di peringkat
pengurusan pertengahan dan diberi elaun yang berpatutan.
Begitu juga dengan lepasan sekolah yang berkelulusan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sama ada
di benarkan memasuki tingkatan enam walaupun memperolehi keputusan lemah atau
diberi pekerjaan di peringkat perkeranian dengan tangga gaji yang munasabah.
Langkah tersebut berjalan lancar dan masalah pengangguran
dapat dikurangkan atau diatasi dengan secara positif.
Maka, apabila Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mustapha
Mohamed mengumumkan bahawa kementeriannya bercadang untuk memperkenalkan skim
latihan keusahawanan kepada para graduan kita yang akan memasuki pasaran tenaga
kerja pada pertengahan tahun ini, sudah tentu rakyat menyambutnya dengan perasaan
lega. Ini kerana sekurang-kurangnya ia menunjukkan bahawa kerajaan sememangnya
bersedia dan bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk menangani masalah
pengangguran ketika negara menghadapi kegawatan ekonomi.
Langkah tersebut dapat diambil sebagai kata pepatah,
'menyediakan payung sebelum hujan'.
Dengan cara ini kerajaan tidak akan terperangkap dalam
situasi yang sukar apabila keadaan benar-benar gawat dan memerlukan suatu
penyelesaian yang konkrit. Malah dengan pelaksanaan skim itu, kementerian pembangunan
usahawan jelas bersiap sedia untuk membolehkan lebih 30,000 graduan yang akan
memasuki pasaran kerja dengan persiapan yang praktis.
Sewajarnya, ini adalah suatu langkah proaktif yang patut
disokong. Ini kerana menerusi skim ini para graduan akan terdedah kepada dunia
kerjaya dengan lebih cepat dan dapat mempersiapkan diri mereka bagi memenuhi kehendak
profesion yang diceburi.
Dalam keadaan kegawatan ekonomi ini sudah tentu masalah untuk
menyediakan pekerjaan kepada lepasan universiti akan menjadi suatu masalah
besar.
Kita berpendapat para graduan patut menerima dan menyertai
skim ini dengan hati yang terbuka dan sedar akan pentingnya mereka berada dalam
keadaan yang tidak seindah yang diidam-idamkan.
Mereka perlu ingat bahawa menerusi latihan yang diberikan
sudah tentu mereka akan dapat mengaut banak pengetahuan dan pengalaman yang
boleh memperlengkapkan diri mereka apabila menerjuni bidang yang lebih mencabar
setelah mereka ditawarkan pekerjaan apabila ekonomi pulih.
Justeru, apa yang penting ialah sikap para graduan itu yang
mesti bersedia menerima apa saja mata gaji yang ditawarkan, atau elaun yang
diberikan ketika latihan. Mereka perlu dimotivasikan bahawa adalah lebih baik
menyertai skim latihan daripada duduk di rumah tanpa melakukan sebarang
pekerjaan.
Perlu juga diterapkan ke pemikiran mereka bahawa ramai orang
yang telah diberhentikan kerja dan terpaksa hidup tanpa pekerjaan dan gaji
untuk menyara hidup.
Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,
BalasPadamSelepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat
Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.
Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.
Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,
Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)
Terima kasih semua.