SINTAKSIS
(Bidang yang mengkaji pembentukan ayat)
Pengenalan:
Ø Ayat ialah unit pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya dalam susunantatabahasa
yang mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur
klausa, frasa, dan perkataan.
Binaan Ayat
Ø Ayat mengandungi dua bahagian utama: subjek
dan predikat.
Subjek
|
Predikat
|
1. Encik Muhaimin
|
Pensyarah Bahasa Melayu kami.
|
2. Perarakan Maulidur Rasul
|
Sedang berlangsung di sekolah.
|
3. Ibu Magaret
|
Menjual kuih.
|
Golongan Ayat
Ø Seringkas-ringkas ayat yang kita tulis ialah
ayat tunggal atau ayat dasar (ayat inti atau ayat mudah). Ayat tunggal dapat
dikembangkan menjadi ayat majmuk, dengan meluaskan unsur subjek atau unsur
predikat atau kedua-duanya. Ayat 1, 2, 3, dan 4 dapat dikembangkan menjadi ayat
1a, 2a, 3a, dan 4a.
Ayat Tunggal
|
Ayat Majmuk
|
1. Saya guru.
|
Saya guru tetapi saya tidak suka mengajar.
|
2. Guru kelas sedang mengambil kehadiran.
|
Guru kelas sedang mengambil kehadiran saya.
|
3. Guru sekolah ini rajin.
|
Guru sekolah ini rajin serta
bertanggungjawab.
|
Ayat Dasar
Ø Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar
atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam
bahasa Melayu terdapat empat jenis polaseperti yang berikut:
Pola
|
Jenis Pola
|
Subjek
|
Predikat
|
1.
|
FN + FN
|
Encik Abu
|
pemborong kain.
|
2.
|
FN + FK
|
Dia
|
membaca buku.
|
3.
|
FN + FA
|
Amirul
|
sangat segak.
|
4.
|
FN + FS
|
Sekolah saya
|
di Kelantan.
|
Ø Tahukah anda bahawa daripada pola-pola ayat
dasar inilah terbitnya ayat-ayatyang lain yang lebih kompleks sama ada ayat
tunggal atau ayat majmuk, ayat pendekatan panjang, ayat aktif atau ayat pasif
dan sebagainya.
Frasa dalam Pola Ayat
Dasar
Ø Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana
dengan cara yang demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat
dasar bahasa Melayu ada empat pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang
berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS.
Pola
|
Contoh
|
Subjek + Predikat
|
Subjek + Predikat
|
1. Frasa Nama + Frasa Nama
|
Ibu saya seorang doctor.
|
2. Frasa Nama + Frasa Kerja
|
Ayah Diana membeli surat khabar.
|
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif
|
Encik Hamidun tegas orangnya.
|
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
|
Saya dari Bandar Kelantan.
|
Ø Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan
bahawa semua subjek ayat ialah FrasaNama (FN), manakala predikat ayat pula
terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja(FK), Frasa Adjektif (FA), dan
Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilahberdasarkan gabungan
subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).
Ø Sebelum membincangkan binaan-binaan frasa
tersebut, adalah lebih baiksekiranya definisi dan konsep frasa dibincangkan
terlebih dahulu.
Definisi dan Konsep
Frasa
Ø Takrif dan konsep frasa ada berbagai-bagai,
bergantung kepada apakah teori yang dijadikan dasar. Frasa ialah suatu unit
tatabahasa dalam tatatingkat sintaksis suatu bahasa. Frasa merupakan komponen
terpenting dalam sintaksis. Ini kerana frasa memainkan peranan atau
fungsi-fungsi tertentu dalam binaan ayat Di sini terdapat beberapa pandangan
dan tafsiran tersendiri mengenai frasa. Jadi definisi dan tafsiran frasa
mengikut sarjana Melayu khususnya dan sarjana Barat amnya akan ditelusuri.
Ø Takrif yang diberikan oleh seorang sarjana
Melayu tersohor iaitu Zaba (1965) yang menyatakan frasa sebagai rangkai kata.
Takrifan yang ringkas ini berasaskan teori tradisional yang lebih menekankan
kepada aspek semantik. Ini juga pengertian frasa dalam fahaman linguistik am.
Frasa, menurut Bloomfield (1964) ialah suatu konstruksi yang mengandungi dua
atau lebih bentuk bebas yang berfungsi sebagai satu kesatuan.
Ø Menurut tatabahasa transformasi generatif
(seterusnya TTG), frasa mungkin juga terdiri daripada sepatah kata major
sahaja. Kata major ialah kata utama iaitu kata nama, kata kerja dan kata
adjektif. Contoh,
1. Si Tompok yang berbulu merah itu sudah mati.
2. Tompok mati.
Ø Subjek dalam ayat (1) mengandungi frasa nama
yang terdiri daripada sekelompok kata dengan kata. Tompok sebagai kata major.
Namun dalam ayat (2) terdapat pula frasa nama yang terdiri daripada satu kata,
iaitu Tompok.
Ø Maka jelaslah bahawa satu kata major sudah
boleh berdiri sendiri sebagai satu frasa.
Ø Dalam buku-buku tatabahasa lama, ada
keterangan bahawa frasa adalah suatu bentuk bahasa yang terdiri daripada dua
patah kata atau lebih. Oleh sebab itulah frasa diberikan istilah rangkai kata
oleh Za’ba dengan pengertian bahawa frasa merupakan suatu rangkaian beberapa
patah perkataan. Sekarang saya akan membincangkan juga definisi frasa yang
diberikan oleh sarjana Melayu yang lain.
Ø Widya Masri (2009) dalam Kuasai Struktur Ayat
Dalam Bahasa Melayu menakrifkan frasa sebagai satu binaan yang tidak terpisah
antara satu dengan yanglain bagi kata atau kata-kata yang membinanya.
Ø Maka, daripada pendapat sarjana-sarjana Melayu
tersebut, frasa terdiri daripadabentuk-bentuk perkataan yang disusun menjadi
rangkai kata. Tamsilnya,
3. Adik Ali sedang bermain bola.
Ø Daripada ayat contoh yang diberi, ayat
tersebut dapat dipisahkan kepada beberapa bentuk kata iaitu adik, ali, sedang,
bermain dan bola. Perkataan-perkataan ini kemudian di susun menjadi dua rangkai
kata yang disebut frasa, iaitu adik Ali sebagai satu frasa yang menduduki
tempat subjek, dan sedang bermain bola sebagai frasa yang lain menduduki
predikat dalam ayat.
SUBJEK
|
PREDIKAT
|
Adik Ali
|
Sedang bermain bola.
|
Ø Jadi kesimpulannya, frasa ialah satu unit
bahasa di mana suatu konstruksi yangmungkin terdiri daripada suatu susunan
kata-kata ataupun hanya satu kata yangberpotensi diperluaskan menjadi dua atau
lebih kata dengan kehadiran subjek danpredikat atau kedua-duanya sekali atau
tanpa kehadiran kedua-duanya. Di samping itu,frasa mestilah suatu konstituen
yang tidak bersifat sebuah klausa dan dari segitaburannya suatu frasa itu boleh
menjadi unsur klausa ataupun frasa sendiri.
Ø Jenis-jenis frasa ditentukan oleh perkataan
yang menjadi inti frasa. Dengan demikian, penggolongan jenis frasa ditentukan
sejalan dengan penggolongan jenis kata kerana sifat dan perilaku frasa sama
dengan sifat dan perilaku kata. Berdasarkan haltersebut, frasa dapat dibezakan
kepada empat jenis , iaitu:
1. Frasa nama
2. Frasa kerja
3. Frasa adjektif
4. Frasa sendi nama
Frasa Nama
Ø Frasa nama (FN) ialah binaan yang dari sudut
nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh
berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam
bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat.
Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu,
terdiri daripada yang berikut:
I. FN + FN
II. FN + FK
III. FN + FA
IV. FN + FS
Ø Dalam semua pola ayat di atas, frasa nama
berfungsi sebagai subjek; frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat dalam
pola FN + FN sahaja. Lihatlah contoh-contoh di bawah ini:
Bil
|
Subjek Frasa Nama
|
Predikat Frasa Nama
|
1.
|
Ibu
|
guru.
|
2.
|
Ibu budak itu
|
guru.
|
3.
|
Ibu budak itu
|
guru sekolah agama.
|
4.
|
Kota Bharu
|
serambi Mekah.
|
5.
|
Bandar Kota Bharu
|
serambi Mekah.
|
Ø Jelas daripada ayat-ayat di atas bahawa frasa
nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan.
Selain konstituen subjek dan konstituen predikat frasa nama, frasa nama boleh
juga hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata
kerja transitif dalam frasa kerja (FK), seperti dalam contoh-contoh berikut
ini:
Bil.
|
Subjek
|
Predikat Frasa Kerja
|
|
Kata Kerja
|
Objek
|
||
6.
|
Orang itu
|
memanggil
|
saya.
|
7.
|
Mereka semua
|
melambaikan
|
tangan.
|
8.
|
Kanak-kanak itu
|
menaiki
|
bas sekolah.
|
9.
|
Para siswazah
|
memohon
|
jawatan itu.
|
10.
|
Kedamaian
|
memerlukan
|
kekuatan pertahanan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan