Sabtu, 16 September 2017

(Kerja Kursus) Teknologi Makanan

Artikel 1

DALAM usaha me­ngurangkan masalah ke­ku­rangan zat makanan, populasi dunia masih lagi digugat dengan pelbagai bentuk ancaman berkaitan ma­kanan. Masalah kekurangan vi­tamin dan mineral, obesiti ser­ta penyakit tidak berjangkit ber­ma­harajalela dalam masyarakat awam kini. Ancamannya turut melibatkan aspek yang agak kurang diberi perhatian iaitu keselamatan makanan. Aspek ini jarang di­bi­carakan tetapi menjadi unsur penting dalam kerangka pemilihan makanan berdasarkan konsep halal dan tayyib.

Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada 7 April setiap tahun mengetengahkan isu-isu kesihatan yang perlu diberi perhatian serius. Bertemakan “Food Safety – from farm to table”, sambutannya pada tahun ini menumpukan tanggungjawab semua pihak untuk memastikan bekalan makanan selamat untuk diambil.
Memastikan makanan yang dihasilkan, dipasarkan, dimasak dan dimakan bebas daripada sebarang pencemaran serta jangkitan mikrob menjadi keutamaan setiap pihak yang berkepentingan dalam penghasilan makanan mahupun pengguna. Jutaan manusia jatuh sakit setiap tahun disebabkan mengambil makanan yang tidak selamat. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit cirit-birit membunuh hampir 1.5 juta kanak-kanak setiap tahun, kebanyakannya disebabkan oleh makanan atau minuman yang tercemar.

Kebolehdapatan dan kecukupan makanan yang berzat dan selamat adalah kunci untuk memelihara kesihatan, iaitu salah satu aspek jaminan sekuriti makanan. Makanan yang tidak selamat mengandungi pelbagai jenis bakteria bahaya, virus, parasit atau bahan kimia. Lebih 200 jenis penyakit disebabkan olehnya daripada cirit-birit sehinggalah kanser. Keseriusan masalah ini membawa kepada penyakit yang memberi kesan kepada kesihatan dan kualiti kehidupan. Betapa kompleksnya proses penghasilan makanan pada hari ini menyebabkan aspek kawalan keselamatan dan kualiti makanan menjadi begitu mencabar. Pelbagai punca pencemaran perlu dikawal pada setiap rantaian bekalan makanan bermula daripada bahan mentah sehinggalah ke peringkat menghidang makanan.

Banyak insiden berkaitan keselamatan makanan telah membuka mata masyarakat agar menuntut pihak kerajaan lebih serius dalam memastikan penjualan makanan di pasaran tempatan termasuk yang diimport adalah selamat. Pihak kerajaan pula mengambil pelbagai langkah dalam usaha menjaga kualiti dan keselamatan makanan dari peringkat pengusaha industri sehingga ke premis makanan. Langkah ini bagi memastikan penghasilan makanan adalah selamat.

Namun bagaimana pula tahap kawalan keselamatan makanan di rumah? Aspek ini memerlukan komitmen pengguna. Pencemaran makanan boleh berlaku dalam setiap peringkat dan proses. Sebab itu, kesedaran pengguna harus ditingkatkan melalui program pendidikan amalan kebersihan diri dan sanitasi makanan yang baik.

Pencemaran makanan boleh disebabkan oleh mikrob berbahaya seperti Salmonella, E. Coli dan sebagainya. Mikroorganisme dipindahkan kepada makanan dan minuman melalui amalan sanitasi yang tidak bersih dan juga peralatan kotor. Kebersihan tangan sebelum, semasa dan selepas pengendalian makanan amatlah penting dalam memastikan makanan tidak tercemar.

Pencemaran silang juga boleh berlaku apabila makanan mentah yang mengandungi banyak mikroorganisme dipindahkan kepada makanan yang telah dimasak atau sedia untuk dimakan melalui sentuhan. Contohnya, pisau yang digunakan untuk menghiris daging mentah digunakan pula untuk memotong buah atau sandwich.

Penyimpanan bahan makanan mengikut suhu yang sesuai juga perlu diambil kira untuk mengelakkan pencemaran berlaku. Mikroorganisme mudah membiak dengan cepat sekiranya makanan disimpan pada suhu bilik. Dengan mengekalkan suhu di bawah 5 darjah Celsius atau melebihi 60 darjah Celsius akan merencatkan perkembangan mikroorganisme. Sekiranya ingin mempercepatkan nyah beku bahan mentah, elakkan daripada diletakkan dalam keadaan suhu bilik. Perkara sebegini seringkali diabaikan oleh masyarakat terutama golongan suri rumah semasa proses penyimpanan makanan sehinggalah disedari sekiranya berlaku simptom-simptom diarrhea seperti muntah dan sakit perut. Langkah tersebut kelihatan kecil tetapi memberi impak besar kepada tahap kesihatan sesebuah keluarga. Pengendalian makanan yang baik boleh mengelakkan daripada berlakunya penyakit bawaan makanan ini.

Begitu juga jika makanan yang terdedah, mudah dimasuki oleh kuman menerusi haiwan seperti lalat, tikus dan lipas.

Dalam Islam, pemilihan makanan yang bersih dan berkualiti juga penting selain aspek halal. Islam amat menekankan kebersihan secara rohani dan jasmani. Oleh sebab itu, unsur kebersihan tidak boleh diabaikan dalam memastikan sesuatu makanan selamat atau tidak untuk dimakan.

Rasulullah SAW pernah bersabda; “Tutuplah bekas makanan dan minuman kamu pada malam hari. Setiap tahun ada satu malam yang padanya diturunkan wabak. Tidak akan lalu (melintasi) wabak itu ke atas bekas makanan atau minuman yang tidak ditutup kecuali ia (wabak) masuk ke dalamnya.” - Hadis riwayat Muslim.

Penekanan kepada aspek keselamatan makanan menjadi salah satu ciri makanan berkualiti. Sebagai seorang Islam, kita perlu menghindar diri daripada mengambil makanan yang tercemar, makanan bertin yang sudah lama terbuka dan berkarat, makanan daripada sumber yang tidak selamat dan berbahaya, makanan yang layu dan sebagainya. Ini kerana ia akan memudaratkan kesihatan dan menimbulkan penyakit-penyakit yang berpunca daripada makanan. Makanan yang mendatangkan kemudaratan kepada fizikal dan mental manusia diharamkan dalam Islam. Pengharaman sesuatu yang memudaratkan ini dapat difahami melalui hadis Nabi SAW iaitu; “Tidak boleh memudaratkan diri dan tidak memudaratkan orang lain”.

Kebanyakan masyarakat kita pada hari ini, tidak menganggap aspek keselamatan makanan penting seperti mana unsur halal yang selalu dititikberatkan. Masyarakat pengguna menuding jari bahawa tanggungjawab tersebut terletak di bahu kerajaan dan pengusaha serta pengendali makanan sedangkan ia tanggungjawab bersama.

Kepedulian terhadap keselamatan makanan yang diremehkan mungkin disebabkan oleh kurangnya kesedaran dan pengetahuan dalam setiap proses pengendalian makanan. Ini juga menggambarkan sikap dan amalan seseorang. Sedangkan pemilihan makanan yang selamat juga adalah kriteria yang perlu dipatuhi dalam memenuhi konsep halal dan tayyib.

Menjadi satu bencana kepada masyarakat sekiranya makanan yang kita ambil dalam kehidupan ini tidak selamat. Pihak kerajaan harus memperkasakan langkah-langkah yang sedia ada untuk menyusun atur strategi dalam bidang pertanian, perdagangan, pendidikan, kesihatan dan perlindungan sosial demi menyediakan makanan yang sihat dan selamat untuk semua. Justeru, masih banyak yang perlu dibuat dan dianalisis oleh semua pihak yang berkepentingan dalam rantaian makanan. Penyepaduan usaha daripada semua akan menentukan tahap keselamatan makanan dan kesihatan kita dan generasi akan datang.

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Kanan di Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).





Artikel 2
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 49
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penerimaan
Bioteknologi oleh Masyarakat Malaysia
LATIFAH AMIN & JAMALUDDIN MD. JAHI
ABSTRACT
Modern biotechnology has been viewed by many scientists and observers as
the frontier of the 21
st
century revolution. Biotechnology has been identified
as one of the five core technologies that will accelerate Malaysia’s
transformation into a highly industrialized nation by 2020. Under the 8
th
Malaysian Plan, the government has allocated an amount of RM100 million
for research and development in the biotechnology sector focusing on
agriculture, health, environmental management and energy. Although
biotechnology has huge potential in many sectors but it has been the object
of an intense and divisive debate among the scientists, industries,
governmental bodies involved in biotechnology regulation, NGOs and the
public in advanced countries. Whether they like it or not, the Malaysian
public will also be facing the same dilemma whether to accept and use
biotechnology products or vice versa. Public awareness, perception and
attitude towards biotechnology and products are important determinants of
public support and acceptance. This paper will try to identify several
biotechnology issues that may serve as challengers to the Malaysian public
acceptance.
PENDAHULUAN
Ramai para saintis dan pemerhati meramalkan bahawa abad ke 21 merupakan
era bioteknologi (Cantor 2000, Polkinghorne 2000). Bioteknologi moden
merupakan teknologi canggih yang telah membolehkan para saintis menerokai
banyak peluang baru dalam pelbagai bidang seperti pertanian, makanan,
perubatan dan rawatan sisa. Kerajaan Malaysia telah mengenal pasti
bioteknologi sebagai salah satu daripada lima teknologi utama bagi
mentransformasikan negara ini menjadisebuah negara industri menjelang tahun
2020.Aktiviti penyelidikan yang berkait dengan bioteknologi telah dikategorikan
kepada tujuh sektor: bioteknologi tumbuhan, makanan, biologi molekul,
perubatan, bio-farmasi dan bioteknologi industri/persekitaran (BIOTEK 2000).
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 50
Kesemua aktiviti bioteknologi di Malaysia masih di peringkat makmal kecuali
betik yang telah diubahsuai secara genetik supaya lambat masak, telah pun
dipohon oleh MARDI untuk ujikaji di peringkat ladang terkawal. Sama ada
disukai atau tidak, dalam sedikit masa lagi, banyak produk bioteknologi akan
berada di pasaran negara ini. Selain daripada kemungkinan penghasilannya
oleh pengusaha tempatan padamasa akan datang, produk bioteknologi daripada
luar negara seperti makanan dan ubat-ubatan akan turut membanjiri pasaran.
Pada masa ini, produk bioteknologi yang telah diluluskan oleh ‘Genetic
Modification Advisory Committee’ untuk diimpot adalah kacang soya (Low
2000).
Di arena antarabangsa, perkembangan bioteknologi yang begitu
mendadak dalam sepuluh tahun kebelakangan ini telah menyebabkan
berlakunya perdebatan yang sengit dan berbelah-bagi antara pelbagai pihak
(Reichert 2000, Demain 2000). Mengikut Sagar et al. (2000), faktor utama yang
telah menimbulkan kontroversi tersebut adalah pengabaian keperluan,
kepentingan dan kebimbangan pemegang taruhan utama – masyarakat awam
atau pengguna. Daripada pengalaman negara-negara maju terutamanya di
Eropah, sikap masyarakat awam dan badan bukan kerajaan (NGOs) telah
memberi kesan yang besar kepada polisi, peraturan dan pengkomersilan produk
bioteknologi.
Banyak kajian mengenai persepsi masyarakat awam telah dijalankan
di negara-negara Barat tetapi masih kurang di negara membangun. Kertas kerja
ini akan cuba mengenal pasti faktor-faktor utama yang menentukan penerimaan
produk bioteknologi berdasarkan kajian-kajian lampau dan cuba untuk membuat
model berstruktur.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENERIMAAN
BIOTEKNOLOGI MODEN
Penerimaan masyarakat umum terhadap isu-isu yang kompleks seperti
bioteknologi dipengaruhi oleh banyak faktor yang saling berkait. MenurutAerni
(1999), penerimaan masyarakat boleh difahami melalui gabungan sikap individu
mengenai sesuatu isu politik seperti yang berasal daripada inovasi teknologi.
Sementara sikap individu terhadap teknologi baru bergantung kepada
persepsinya terhadap bahaya dan faedah teknologi tersebut, nilai-nilai murni
yang menjadi pegangan atau panduan hidupnya dan kepercayaan terhadap
institusi yang mewakili teknologi tersebut. Kajian-kajian lain juga telah
mendapati bahawa kebimbangan utama masyarakat terhadap bioteknologi
adalah dipengaruhi oleh faktor etika, nilai-nilai murni dan keselamatan (Optima
Research Consultants 1994, Eisendel 1997). Sementara kajian Hoban (1996)
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 51
pula mendapati bahawa faktor utama yang mempengaruhi penerimaan
bioteknologi oleh orang ramai di Amerika Syarikat adalah aras pengetahuan,
kesedaran mengenai faedah, kepercayaan dan keyakinan. Gaskel et al. (2000,
2003) telah menggunakan tiga faktor sebagai penentu sikap masyarakat Eropah:
persepsi terhadap faedah, bahaya dan penerimaan dari segi moral.
Penerimaan masyarakat terhadap pelbagai aplikasi bioteknologi
Kajian-kajian mengenai penerimaan masyarakat terhadap bioteknologi diEropah
(Gaskell et al. 2000, Gaskel et al. 2003),Jepun (Chen Ng et al. 2000) dan Kanada
(Eisendel, 1997) menunjukkan bahawa sokongan atau tentangan kepada
bioteknologi adalah berdasarkan aplikasi teknologi tersebut, bukan kerana
teknologi itu sendiri.
Di Eropah, beberapa survei yang telah di jalankan pada tahun 1996,
1999 dan 2002 (Gaskel et al. 2000, Gaskel et al. 2003), di Kanada (Eisendel 1997)
dan di Jepun (Chen Ng et al. 2000) menunjukkan sokongan masyarakat awam
yang paling tinggi adalah melibatkan aplikasi bioteknologi untuk penjagaan
kesihatan seperti ujian genetik dan penghasilan ubat-ubatan atau vaksin
berbanding. Walau bagaimanapun aplikasi bioteknologi yang berkaitan dengan
penghasilan organ manusia dalam haiwan (xenotransplant) dianggap
bermasaaalah di Eropah, Kanada dan Jepun. Aplikasi bioteknologi dalam
penghasilan makanan tidak disokong oleh masyarakat Eropah dan kurang
mendapat sokongan di Kanada dan Jepun. Tanaman terubahsuaisecara genetik
supaya rintang terhadap serangga juga kurang mendapat sokongan di Eropah
dan Jepun.
Penerimaan masyarakat terhadap sesuatu aplikasi bioteknologi adalah
berkait rapat dengan beberapa faktor utama: faedah, risiko dan penerimaan dari
segi moral aplikasi tersebut disamping beberapa faktor lain seperti kepercayaan
terhadap institusi yang berkepentingan, pengetahuan dan kesedaran, pengaruh
latar belakang, optimisme tehadap teknologi dan yang terlibat dalam
bioteknologi (‘engaged’).
Persepsi mengenai faedah dan bahaya bioteknologi
Beberapa kajian lepas menunjukkan bahawa sokongan masyarakat terhadap
sesuatu aplikasi bioteknologi akan bertambah sekiranya terdapat faedah yang
nyata kepada mereka, masyarakat atau alam sekitar. Contoh yang nyata adalah
sokongan masyarakat yang tinggi terhadap aplikasi bioteknologi berkaitan
dengan penjagaan kesihatan seperti untuk menghasilkan ubat-ubatan atau
vaksin dan ujian genetik di Eropah, Kanada dan Jepun ( Gaskell et al. 2000,
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 52
Gaskel et al. 2003, Chen Ng et al. 2000, Eisendel, 1997). Pengklonan sel atau tisu
manusia bagi tujuan perubatan juga telah mendapat sokongan di Eropah
walaupun aplikasi ini juga dilihatsebagai mempunyai risiko (Gaskel et al. 2003).
Persepsi masyarakat mengenai faedah bioteknologi berkait rapat dengan
risikonya. Menurut Gaskel et al. (2000), ‘faedah’ adalah merupakan syarat awal
bagi mendapat sokongan. Beliau dan rakan-rakannya telah mengenal pasti
apabila persepsi mengenai faedah sesuatu aplikasi bioteknologi berkurang,
persepsi mengenai risiko akan meningkatsementara penerimaan dari segi moral
pula akan menurun.
Penerimaan dari segi moral
Kajian Eisendel(1997, 2000) dan ConcertedAction oftheEuropean Commission
(1997) mendapati bahawa di antara tiga pembolehubah utama: faedah, risiko
dan penerimaan dari segi moral, faktor yang ketiga merupakan peramal paling
kuat bagi sokongan ke atas bioteknologi. Seseorang individu sanggup menerima
risiko sekiranya produk bioteknologi itu berfaedah dan diterima dari segi
moralnya. Gaskel et al. (2000) berpendapat bahawa dalam survei di Eropah pada
tahaun 1996 dan 1999, penerimaan dari segi moral merupakan ‘veto’ kepada
penerimaan sesuatu aplikasi bioteknologi. Contohnya pengklonan sel-sel
manusia disokong walaupun dilihat mempunyai risiko kerana ia diterima dari
segi moral disamping berfaedah. Sementara pengklonan haiwan tidak disokong
kerana tidak diterima darisegi moral di samping dianggap tidak berfaedah dan
mempunyai risiko.
Kepercayaan terhadap institusi yang berkepentingan
Salah satu daripada tema yang baru muncul dalam penyelidikan persepsi risiko
adalah pentingnya ‘kepercayaan’ (Kamaldeen &Powell 2000). Persepsimengenai
risiko bukan hanya melibatkan persepsi mengenai bahaya yang berkait dengan
teknologi tetapi merangkumi tindakan yang diambil oleh pengguna teknologi
dan badan yang mengawal teknologi tersebut (CAST 1995).
Beberapa survei di Amerika Utara dan United Kingdom mendapati
bahawa keyakinan terhadap peraturan kerajaan dan industri yang berkait dengan
bioteknologi pertanian merupakan peramal paling kuat bagi sokongan pengguna
(Dittus&Hilllers 1993). Pengguna yang lebih yakin bahawa produk bioteknologi
pertanian telah dikawal dengan memuaskan akan turut mempunyai persepsi
bahawa produk tersebut lebih bermanafaat. Keyakinan masyarakat awam yang
lebih tinggi terhadap badan pengawalan diAmerika Syarikat berkait rapat dengan
sikap mereka yang lebih positif terhadap bioteknologi berbanding dengan
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 53
Eropah, di mana keyakinan terhadap badan pengawalan yang lebih rendah
(Eisendel 1997, Concerted Action oftheEuropean Commission 1997).
Pengetahuan, kesedaran dan penglibatan
Mengikut teori pembuat keputusan (Kelley 1995), orang ramai hanya akan
membentuk sikap terhadap sesutu teknologi setelah memperolehi maklumat
yang berkaitan. Jadi adalah penting untuk menilai tahap pengetahuan dan
kesedaran masyarakat terhadap bioteknologi. Beberapa penyelidik mendapati
bahawa masyarakat akan lebih menyokong bioteknologi apabila mempunyai
lebih pengetahuan (Allum et al. 2002, Gaskell et al. 2000), sementara penyelidik
lain mencadangkan kesan yang berlawanan (Barling et al 1999).
Beberapa penyelidik mendapati bahawa penerimaan bioteknologi oleh
masyarakat tidak berkait langsung dengan kesedaran dan pendidikan (Frewer
et al. 1997, Powell 1998, Kelley 1995). Responden berupaya membuat pengadilan
betapa bermanafaat atau berisikonya bioteknologi tanpa mengira tahap
kesedaran dan pendidikannya. Powell (1998) mencadangkan bahawa mereka
yang berpendidikan lebih tinggi mungkin lebih berupaya menilai risiko dan
faedah bioteknologi dengan lebih kritikal.
Gaskel et al (2003) lebih suka menggunakan konsep ‘penglibatan’
(engagement), di mana tahap kesedaran dan pengetahuan responden
digabungkan dengan tahap penglibatan tingkah laku mereka dalam memahami
bioteknologi. Hasilnya, beliau mendapati bahawa masyarakat awam yang lebih
‘terlibat’ dalam bioteknologi akan menyokongnya walaupun mereka masih
mengakui kehadiran risiko.
Pengaruh latar belakang (demografi)
Ciri-ciri demografi telah diketahui ramai dalam mempengaruhi sikap dan nilai.
Mengikut Kelley(1995), ciri umur dan jantinamesti diambil kira keranamengikut
beberapa penyelidik, proses penemuan saintifik yang berterusan sering
menjadikan mereka yang lebih tua ketinggalan (mungkin kerana pengetahuan
saintifik hanya diperolehi semasa belajar dan tidak diteruskan selepas bekerja).
Sementara lelaki dan perempuan sering berbeza pendapat dalam isu-isu yang
berkait dengan Sains dan Teknologi.
Pekerjaan dan agama seseorang juga adalah ciri yang sering
mempengaruhi pendapat sosial dan politikmengenai pelbagai isu (Kelley1995).
Konflik di antara sains dan agama sering berlaku di mata masyarakat. Kajian
Gaskel et al(2003) mendapati bahawa pemboleubah seperti umur, jantina, tempat
tinggal (bandar/luar bandar) dan pekerjaan didapati mempengaruhi tahap
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 54
‘pengibatan’ dan sokongan masyarakat awam Eropah terhadap bioteknologi.
Sementara di Malaysia, selain daripada ciri-ciri demografi yang telah dikaji oleh
penyelidik tadi, ciri bangsa juga akan dikaji.
Faktor-faktor lain
Kajian terkini Gaskel et al (2003) mendapati beberapa faktor lain yang turut
menyumbang terhadap sokongan masyarakat Eropah terhadap bioteknologi
adalah optimisme terhadap teknologi secara keseluruhan (9 jenis teknologi
termasuk bioteknologi) dan orientasi nilai masyarakat.
Pembinaan model berstruktur
Berdasarkan faktor-faktor yang telah dikenal pasti tadi, satu model berstruktur
yang merangkumi faktor-faktor yang berkemungkinan menyumbang kepada
sikap masyarakat terhadap bioteknologi telah dibina (Rajah 1). Model ini dibina
berdasarkan konsep sebab dan akibat.
1. Sebab
Di sebelah kiri sekali adalah faktor-faktor penyebab yang terdiri daripada
pembolehubah latar belakang responden dan jenis aplikasi bioteknologi yang
dianggap stabil, yang boleh mempengaruhi pembolehubah penyebab perantara
dan juga sikap terhadap bioteknologi.
2. Penyebab perantara
Faktor penyebab perantara terdiri daripada faktor-faktor yang berkemungkinan
mempengaruhi sikap terhadap bioteknologi. Faktor-faktor perantara ini juga
berkemungkinan boleh dipengaruhi oleh faktor latarbelakang. Contohnya, tahap
pengetahuan mungkin boleh dipengaruhi oleh tahap pendidikan, pekerjaan,
jantina, umur dan lain-lain.
Antara faktor perantara itu sendiri berkemungkinan boleh saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Contohnya, tahap pengetahuan dan
kepercayaan terhadap pengeluar boleh mempengaruhi persepsi mengenai
faedah, bahaya dan penerimaan dari segi moral sesuatu aplikasi bioteknologi.
3. Sikap terhadap bioteknologi
Sikap responden terhadap bioteknologi akan di bahagikan secara umum kepada
dua kumpulan: penyokong dan penentang. Namun akan terdapat beberapa
variasi penyokong seperti golongan responden yang menganggap bioteknologi
sebagai merbahaya tetapi masih menyokong dan lain-lain lagi.
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 55
Seterusnya soal-selidik akan dilakukan untuk mengenalpasti faktorfaktor
peramal bagi sokongan dan tentangan terhadap bioteknologi di Malaysia.
Setelah mengenalpasti faktor-faktor peramal yang khusus untuk masyarakat
Malaysia, barulah cadangan-cadangan bagaimana untuk menghadapi cabarancabaran
dalam penerimaan bioteknologi dapat disarankan.
FAKTOR PERANTARA
FAKTOR
LATARBELAKANG
SIKAP
TERHADAP
BIOTEKNOLOGI
* Jantina
* Umur
* Tahap
pendidikan
* Ugama
* Bangsa
* Pekerjaan
Pendapatan
* Jenis
penempatan
* Bilangan
anak
* Jenis
aplikasi
* Optimisme
terhadap teknologi
* Pengetahuan/
kesedaran
* Penglibatan
dalam isu-isu
bioteknologi
* Orientasi nilai
* Kepercayaan
terhadap institusi
yang berkepentingan
* Persepsi
mengenai
faedah
* Penerimaan
dari segi
moral
*Persepsi
mengenai
bahaya
1. Penyokong
2. Penentang
Rajah 1: Model konseptual sikap masyarakat Malaysia terhadap bioteknologi
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 56
KESIMPULAN
Penerimaan masyarakat terhadap isu yang kompleksseperti bioteknologi harus
dilihat daripada pelbagai sudut atau dimensi. Faktor-faktor utama yang
mempengaruhi sikap masyarakat terhadap bioteknologi boleh dikategorikan
kepada dua kumpulan:
i. persepsi khusus mengenai faedah, bahaya dan isu moral bioteknologi dan;
ii. sikap umum seperti optimisme terhadap teknologi, pengetahuan dan
kesedaran terhadap bioteknologi, penglibatan dalam isu-isu bioteknologi,
orientasi nilai, kepercayaan terhadap institusi yang berkepentingan dan
faktor latar belakang.
Walau bagaimanapun untuk mengenal pasti faktor-faktor sebenar yang
mempengaruhi sikap masyarakat Malaysia terhadap bioteknologi, satu kajian
survei yang merangkumi aspek-aspek yang telah dinyatakan dalam model
haruslah dilakukan ke atas masyarakat di Malaysia sendiri.
RUJUKAN
1. Aerni, P. 1999. Public acceptance of genetically engineered food in
developing countries: the case of transgenic rice in the Philippines.
AgBiotechNet 1, November. ABN 031
2. Alum, N.C., Boy, D.& Bauer,M.W. 2002. European regions and the
knowledge deficit model. Dlm Bauer,M. & Gaskell, G. (pnyt).
Biotechnology: themaking of a global controversy. Cambridge University
Press, Cambridge.
3. Barling, D, De Vriend,H., Cornelese,J.A., Ekstrand,B., Hecker, E.F.F.,
Howlet,J.,Jensen,J.H., Lang, T., Mayer, S., Staer. K.B., &Top,R. 1999.The
social aspects of food biotechnology: a European view. Environmental
Toxicology and Pharmacology 7(2):85-93.
4. BIOTEK.Biotechnologyin Malaysia. http://www.biotek.gov.my.(12.8. 2002
5. Cantor, C.R. 2000. Biotechnology in the 21
st
century. TIBTECH 18 (1), 6-7.
6. Council for Agriculture Science and Technology (CAST). 1995. public
perceptions of agrichemicals. Task Force Report. January 1995.
7. Chen Ng, M.A., Takeda,C., Wtanabe, T. & Macer,D. 2000.Attitudes of the
public and scientists to biotechnology in Japan at the start of 2000. Eubios
Journal of Asian and international Bioethics 10: 106-113.
8. Concerted action of the European Commission. 1997. Europe ambivalent
on biotechnology. Nature 387: 845-847.
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 57
9. Demain,A.L. 2000. Microbial biotechnology. TIBTECH1 (18):26-34.
10. Dittus,K.L. & Hilllers,V.N. 1993. consumer trust and behaviour related to
pesticides. Food Technol. 477:87-89.
11. Einsiedel, E.F. 1997. Biotechnologyand the Canadian public: Report OnA
1997 National SurveyAnd Some International Comparisons. University
of Calgary, Alberta. Gaskell et al. 2000. Biotechnology and the European
public. Nature Biotechnology (18): 935-938.
12. Eisendel, E.F. 2000. Cloning and its discontents – a Canadian perspective.
NatureBiotechnology18 (9): 943-944.
13. Frewer, L.J., Howard,C.& Sheperd,R.1997. Public concernsin the United
Kingdom about general and specific applications of genetic engineering:
risk, benefit and ethics. Science, Technology and Human Values, 22(1):
98-124.
14. Gaskell et al. 2000. Biotechnology and the European public. Nature
Biotechnology (18): 935-938.
15. Gaskel, G, Allum, N. & Stares, S. 2003. Europeans and Biotechnology in
2002. Eurobarometer 58.0. A report to thE EC Directorate General for
Research from the project ‘Life Sciencesin European Society’ QLG7-CT-
1999-00286.
16. Hoban, T. 1997. Consumer acceptance of biotechnology: an international
perspective. Nature Biotechnology 15(3):233.
17. Kamaldeen, S. & Powell,D.A. 2000. Public perceptions of biotechnology.
Food Safety Network Technical Report #17, Department of Plant
Agriculture, University of Guelph.
18. Kelley, J. 1995. Public perceptions of genetic engineering:Australia, 1994.
Final report to the Department of Industry, Science and Technology,
May1995.
19. Low, F.C. 2000. GMOs – current status and regulatory perspectives in
Malaysia. Singapore Microbiologist: microbiology and Biotechnology
News, August-October 2000. Available http://www.np.edu.sg/~dept-bio/
ssm/news/aug-oct2000/malaysia.htm(19.4.2000)
20. Polkinghorne,J.C.2000. Ethical issuesin biotechnology. TIBTECH18 (1):8-
13.
21. Powell, D. 1998. Impacts of biotechnology, environment, food safety:
communication. Presented at the Agriculture Risk Management
Conference, October 28-29, 1998. HolidayInn, Plaza la Cahundiere, Hull,
QC.
22. Reichert, J.M.2000. New biopharmaceuticals in the USA: trends in
development and marketing approvals 1995-1999. TIBTECH 18(9), 364-
369.
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 58
23. Sagar,A., Demmrich,A. &Ashiya, M. 2000. The tragedyof the commoners:
biotechnology and its public. Nature Biotechnology 18, January 2000: 2-
4.
Latifah Amin
1 dan Jamaluddin Md.Jahi
2
1Pusat Pengajian Umum
2Pusat Pengajian Siswazah
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600UKM, Bangi, Selangor
Malaysia
1E-mail: nilam@pkrisc.cc.ukm.my
2E-mail:jamalmj@pkrisc.cc.ukm.my










Tiada ulasan:

Catat Ulasan