Sabtu, 16 September 2017

(Kerja Kursus) Masalah Sosial di Kalangan Remaja

Artikel 1

Faktor Gejala Sosial
 
Sejak akhir-akhir ini, masalah vandalisme semakin menjadi-jadi dalam masyarakat.Gejala ini perlulah mendapat perhatian yang serius daripada masyarakat dan kerajaan.Vandalisme lebih bertumpukan perbuatan membinasakan atau merosakkan hartabenda awam. Remaja selalu merosakkan kemudahan awam seperti :pondok telefon,piliair,cermin bangunan,peralatan di dalam tandas awam, papan tanda, lampu isyarat,mengotorkan tandas awam, mencontengkan dinding bangunan dan mencuri kabeltelefon. Seseorang yang merosakkan harta benda awam akan didenda atau dihukumserta diawasi oleh pihak berkuasa. Mereka akan mendapat cemuhan daripadamasyarakat. 
Penderaan
Penderaan merupakan perbuatan mencederakan mangsa di bawah jagaan atautanggungan seseorang. Kesan kecederaan terhadap fizikal mangsa adalah sepertiparut akibat sebatan,cucuhan punting rokok, tangan terseliuh, pekak, dan kaburpenglihatan. Seseorang yang melakukan penderaanakan sentiasa dibenci oleh mangsadan mendapat celaan daripada mangsa. Di samping itu, seseorang akan didakwa danakan dihukum oleh pihak pengadilan.
Pergaulan bebas 
Sebenarnya pergaulan dalam masyarakat ada syarat dan batasannya. Pergaulanantara lelaki dengan perempuan seharusnya bertujuan untuk memberikan manfaatantara kedua-dua pihak. Pergaulan yang melibatkan antara lelaki dengan perempuanseharusnya diadakan di tempat-tempat yang terbuka dan bukannya di tempat-tempatterpencil yang boleh mendatangkan syak wasangka kepada orang lain. Akibat terhadap diri sendiri ialah mudah terdorong untuk melakukan perbuatan zinadan maksiat. Seterusnya, bagi penganut beragama Islam mungkin akan ditangkap ataskesalahan berkhalwat kerana melakukan maksiat. Ini juga memungkinkan melahirkananak di luar nikah.
Penyalahgunaan teknologi
Kita sekarang sedang berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengankepesatan pembangunan perisian komputer. Bentuk jenayah tersebut dikenali sebagaiteknologi atau jenayah siber.Jenayah siber ialah jenayah yang dilakukan melaluiteknologi siber dan hanya boleh berlaku dalam siber. Penyalahgunaan teknologitermasuklah kad pintar,kad kredit, e-dagang dan cetak rompak, akan didakwa dandihukum oleh pihak pengadilan. Selain itu, diri sendiri akan malu kerana dituduhmenyalahgunakan teknologi berkenaan. 
Akibat terhadap Masyarakat
 Kesannya terhadap masyarakat adalah imej dan keseluruhan ekonomi Negaraterjejas.Ini disebabkan oleh daya pengeluaran ekonomi menurun atas sebab kerugiantenaga dan modal insan kerana ramai pemuda yang merupakan modal negara terlibatdalam pengambilan dadah dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadappekerjaan.Tambahan pula, kos yang tinggi seperti kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah serta program-programpencegahan terpaksa ditanggungkan oleh negara. Selain itu, imej negara terjejas akibatmasalah-masalah yang ditimbulkan olehpengambilan dadah. Ketenteraman sentiasadiganggu kerana orang ramai berasa tidak selesa dengan adanya penagih dalamkalangan anggota masyarakat.


Gengsterisme 
Kewujudan gengsterisme turut mendatangkan beberapa kesan terhadap masyarakatdan remaja, ini termasuklah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Kewujudan kumpulan-kumpulan gengster di sekolah memberi impak negatifkepada para pelajar dengan sering melakukan kegiatan ganas seperti bergaduh,membuli golongan yang lemah, ponteng kelas, mencabar guru dengan pertuturan yangkasar dan lain-lain. Ahli-ahli gengster ini mengutip wang perlindungan daripada pelajarlain dan menakutkan mereka yang enggan memberi kerjasama. Kesan seterusnya ialahahli masyarakat akan sentiasa terancam oleh kegiatan samseng. Gengster-gengster iniberani melakukan pelbagai kegiatan ganas seperti membakar bangunan, merosakkantelefon awam, merogol dan melumba motosikal secara haram.Gejala ini telahmembimbangkan ahli masyarakat yang lain untuk keluar dari rumah.

Vandalisme
Masyarakat tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.Masyarakat susah untuk membuat perhubungan semasa dalam keadaan kecemasan.Contohnya telefon awam rosak semasa rumah sedang terbakar.Selain itu, masyarakattidak selesa ketika menggunakan harta benda awam yang lain. Contohnya, basahketika menunggu bas kerana atap di perhentian bas rosak sebab tidak dapatmenghalang hujan yang turun. Contengan pada dinding tandas awam memburukkandan mendorong kepada generasi muda untuk meniru gejala tidak sihat ini. Pihakkerajaan perlu menanggung kerugian kerana menyelenggarakan dan membaikikemudahan yang disediakan. 
http://farashamohdridhuan.blogspot.my/p/tajuk-artikel.html













Artikel 2

Kesan GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA
Remaja merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasannegara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberi kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah remaja. Kerajaan dan juga pelbagai pihak lain berusaha untuk mendidik remaja di dalam membentuk remaja yang berkualiti untuk memimpin negara dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat institut pengajian tinggi.
Namun, di dalam zaman siber ini, keruntuhan akhlak dikalangan remaja semakin meruncing hingga menimbulkan kebimbangan dalamkalangan masyarakat. Jika dahulu, masalah sosial hanya berlaku di kawasan bandar yang membangun dan bandar besar, Namun kini, masalah sosial ini turut menular kekawasan luar bandar. Lebih menyedihkan, remaja berusia seawal usia 11 tahun telah pun terjebak di dalam masalah ini. 
1.      .Gengsterisme
 antara masalah yang seringkali berlaku dikalangan remaja ialah gejala samseng dan gengsterisme yang semakin membimbangkan sering berlaku di sekolah menengah. ! Adakalanya kerana terpengaruh dengan rakan sebaya, remaja menyertai kumpulan gengster di luar.Kebiasaannya apabila kumpulan gengster ini dibentuk  disekolah, kumpulan ini akan mengambil kesempatan untuk membuli pelajar yang lemah. "mereka tidak takutkepada sesiapa kerana merasakan sudah kuat dan boleh membuat apa sahaja. ! Amaran keras dari pihak sekolah dan hukuman dibuang atau digantung dari persekolahan tidak menjadi masalah besar buat mereka. 

2.Mengadakan Kumpulan Kongsi Gelap
Kumpulan ini bukan sekadar membuli pelajar yang lemah, malah ada yang lebih berani mula terbabit didalam penyalahgunaan dadah, mencuri, mengugut dan yang lebih kronik terbabit dalam jenayah berat seperti merogol dan membunuh. tidak terkecuali juga bagi remaja yang terlibat di dalam kumpulan punk dan skin head. $ungguhpun mereka mengatakan bahawa mereka menyertai kumpulan ini sekadar suka-suka dan   tidak terbabit  di dalam kes jenayah, terdapat juga laporan di dalam media cetak sesetengah kumpulan punk dan skinhead terbabit dalam kes jenayah apabilamereka terlalu taksub dengan idealogi kumpulan.$elain daripada itu, seks bebas juga antara masalah yang semakin meruncing yangmelibatkan remaja bandar dan luar bandar, Lebih menyedihkan, remaja yangterbabit berusia seawal 1& tahun. 'engaruh dari rakan%rakan dan juga (video lucah antara punca berlakunya masalah seks bebas. Kes yang kerap dilaporkan di mediacetak ialah remaja perempuan yang lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki. !lasan yang kerap diberikan adalah tidak tahan dikongkong oleh ibu bapa dan inginmencari kebebasan di luar. )su ini mendatangkan masalah yang besar kepadamasyarakat seperti peningkatan kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi dansebagainya. *agi mengelak tohmahan masyarakat, remaja yang hamil anak luar nikah juga sanggup mengambil risiko membahayakan nyawa dengan menggugurkankandungan. "mereka meminta bantuan daripada pihak rumah kebajikan untukmembimbing mereka kembali ke pangkal jalan. Kerajaan "elaka misalnyamengambil inisiati+ dengan menubuhkan sekolah remaja yang hamil anak tidak sahtara+ untuk membantu remaja ini dengan memberi perlindungan  bimbingan kepadamereka. -alaupun cadangan ini pada awalnya mendapat reaksi negati+ daripadamasyarakat, namun ia merupakan salah satu cara untuk memberi perlindungankepada remaja yang terjebak dalam kancah sosial.

3. Minum Arak & Penyalahgunaan Dadah.
$ikap suka mencuba  menyahut cabaran rakan%rakan antara sebab berlaku gejalaini. !rak boleh dibeli di kedai runcit dijual dengan harga yang murah. *ukan perkarayang pelik jika akhbar ada melaporkan pelajar sekolah rendah juga ada yangmembeli minuman keras  berkongsi dengan rakan%rakan mereka. 'enyalahgunaandadah juga antara masalah sosial yang paling kerap dilaporkan. *erdasarkan kajianayasan 'erlindungan Jenayah "alaysia mendapati kebanyakan penagih dadah di"alaysia mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 1/%10 tahun  12 daripadapenagih baru terdiri daripada golongan muda yang berusia antara 13%/3 tahun.adah bukan terhad kepada jenis dadah yang dikenali umum seperti mor+in, heroin,metaphatemin, ganja  pil kuda, ia turut merangkumi jenis%jenis ubat yangdisalahguna seperti ubat batuk  gejala hidu gam. #idak kira dadah, arak atau punhidu gam, ia membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh membawa maut.
4. Lumba Haram
4ejala mula popular di kalangan remaja sekitar akhir tahun 35 an. !lasan sering kalidiutarakan oleh remaja yang menyertai lumba haram ini adalah inginkan kebebasan keseronokan. Kebiasaannya, hadiah yang dipertandingkan dalam perlumbaan iniadalah wang pertaruhan yang diperolehi dari penonton  gadis remaja daripadakumpulan yang kalah. "ereka tidak ketinggalan menggunakan dadah. Kumpulanlumba haram ini tidak takut kepada pemantauan pihak polis  yang paling terukmereka tidak takut mati setiap kali berlumba. #idak menjadi masalah besar buatmereka seandainya mereka pernah terbabit dalam kemalangan atau rakan mereka
http://www.acadRemaja







Artikel 3

Punca-punca gejala sosial dan langkah-langkah mengatasi..
Pengenalan
Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat  untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai  murni kemanusiaan serta agama.
Pengertian masalah sosial remaja
Secara umumnya masalah sosial  merangkumi berbagai perlakuan  negatif anggota  masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan  dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus  bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan  seorang kanak-kanak adalah mereka yang  berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan  1952,  kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur  di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.
Statistik Gejala Sosial Remaja
Di Malaysia,  remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.
Data dan statistik  banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut  Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan  bagi kesalahan jenayah harta benda  serta kekerasan. Daripada  jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17%  adalah remaja dan dalam kalangan  remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan  boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda.
Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992).
Jenayah yang dilakukan  oleh remaja  bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah  berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja  Cina dan 47 adalah remaja kaum India.
Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.

Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes).
Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah  yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja.
Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius  dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan  remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja  yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989,  3763 kes pada tahun 1990  dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.
Satu lagi tabiat  remaja  yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran  mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah “budaya lepak”. Satu kajian   di dua buah rumah pangsa  di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India  berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).
Punca Keruntuhan Akhlak
Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat  dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga  keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang  mempunyai latar belakang yang baik.
Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak  yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan  hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa  dan anak kurang  mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah  ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya  juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan  wang saku  yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi  oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan  bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya  yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa  yang tidak mengambil berat  tentang kelakukan dan pergaulan anak  remaja  mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan  salah satu faktor keruntuhan akhlak.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.
Justeru, sebagai ibu bapa  dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya  menjalankan kewajipan dengan merancang  aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat,  pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.
Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku  para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan  melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut  dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan  mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja  ini. Berikut beberapa saranan:
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa   hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role modelkepada anak.
Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa  dalam pengawasan disiplin.
Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”
Kesimpulan

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

Sumber daripada :

https://anymiehanzz.wordpress.com/punca-punca-gejala-sosial-dan-langkah-langkah-mengatasi/
Punca-punca gejala sosial dan langkah-langkah mengatasemia.edu/12537670/GEJALA_SOSIAL_DI_KALANGAN_REMAJA







Artikel 4

Kepentingan Sosial dalam masyarakat

1. HUBUNGAN SOSIAL DALAM MASYARAKAT
 Kita harus mengakui bahwa manusia merupakan mahluk sosial karena manusia tidak bisa hidup tanpa berhubungan dengan manusia yang lain bahkan untuk urusan sekecil apapun kita tetap membutuhkan orang lain  untuk membantu kita. beberapa definisi sosial menurut para ahli :
1.  PETER HERMAN
Sosial adalah sesuatu yang dipahami sebagai suatu perbedaan namun tetap merupakan sebagai satu kesatuan
2.  ENGIN FAHRI. I
Sosial adalah sebuah inti dari bagaimana para individu berhubungan walaupun masih juga diperdebatkan tentang pola berhubungan para individu tersebut
 Sedangkan masyarakat adalah Adam smith menulis bahwa sebuah masyarakat dapat terdiri dari berbagai jenis manusia yang berbeda, yang memiliki fungsi yang berbeda (as among different merchants), yang terbentuk dan dilihat hanya dari segi fungsi bukan dari rasa suka maupun cinta dan sejenisnya, dan hanya rasa untuk saling menjaga agar tidak saling menyakiti "may subsist among different men, as among different merchants, from a sense of its utility without any mutual love or affection, if only they refrain from doing injury to each other."
Komentar :Jadi dapat kita simpulkan Manusia atau Makhluk hidup kita tidak bisa lepas dari lingkungan yang berhubungan sesama manusia baik itu masyarakat ataupun sebuah organisasi. dalam lingkungan sosial ini, pastilah kita mau gak mau harus hidup dalam masyarakat dan dalam masyrakat itu terjadilah hubungan sosial antar individu, antar kelompok masyrakat atau antar indivdu dengan kelompok,
2. TUJUAN HUBUNGAN SOSIAL DALAM MASYARAKAT
 Dalam sebuah masyarakat pastinya ada yang di sebut dengan kebudayaan, adat, dan norma serta nilai nilai  dan aturan yang sudah di terapkan dan di tetapkan. Tujuan hubungan sosial dalam masyarakat tak lain adalah membantu perkembangan wawasan penalaran dan kepribadian Masyarakat  agar dapat memperoleh wawasan yang lebih luas dan ciri - ciri kepribadian yang diharapkan dari sikap seseorang Masyarakat,  khususnya berkenaan dengan sikap dan tingkah laku manusia dalam menghadapi manusia - manusia  lain dalam berinteraksi, serta sikap dan tingkah laku manusia - manusia lain terhadap manusia yang bersangkutan secara timbal balik.
 Dalam hubungan sosial di masyarakat tentunya tidak berjalan mulus begitu saja, ada beberapa hal yang memang bisa menghambat tujuan sosial di masyarakat ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan sosial masyarakat  contohnya seperti : faktor ekonomi ( kemiskinan, pengangguran, korupsi dll ), faktor budaya ( perceraian, kenakalan remaja, dll ).
Mungkin untuk mengatasi ataupun mengurangi masalam masalah yang ada di dalam sosial masyarakat kita perlunya sebuah kelompok sosial yang menjadi jembatan penghubung dan perubah agar suapaya unsur unsur yang menjadi penghambat itu bisa terpecahkan dan menyelaraskan pemahaman ideologi serta internalisasi terhadap nilai dan norma yang ada dalam masyarakat.
Komentar : jadi sangatlah penting bagi kita sebagai kaum intelektual memahami hubungan sosial serta menjadi kelompok sosial dalam masyarakat yang tak lain bertujuan untuk memiliki harapan dan tujuan yang sama, agar suapaya masyarakat sekitar ataupun masyarakat luas lainya mempunyai kesadaran diri terhadap masalah masalam yang ada, dan lebih mendalami terhadap keanekaragaman budaya dan norma serta nilai yang sudah di terapkan.
3. PRINSIF HUBUNGAN SOSIAL DALAM MASYARAKAT UNTUK KEPENTINGAN DAKWAH
 Sebuah prinsip merupakan roh dari sebuah perkembangan ataupun perubahan, dan merupakan akumulasi dari pengalaman ataupun pemaknaan oleh sebuah obyek atau subyek tertentu. Prinsip adalah suatu pernyataan fundamental atau kebenaran umum maupun individual yang dijadikan oleh seseorang/ kelompok sebagai sebuah pedoman untuk berpikir atau bertindak.
Mungkin ada beberapa hal prinsip yang perlu kita pahami agar supaya ketika kita berada di dalam lingkugan masyarakat mengerti akan harusnya mendahulukan kepentingan dakwah yang tak lain untuk bertujuan membangun dan menjaga keseimbangan dan kestabilitasan masyarakat agar tidak jatuh dalam dekadensi moral, menjaga persatuan masyarakat baik di lihat dari agama maupun dari budaya.
 Yang menjadi prinsip dasar sosial dalam masyarakat untuk kepentingan dakwah adalah menjaga keseimbangan dan keselarasan, sehingga terpelihara secara seimbang antara kepentingan kepentingan pribadi dan masyarakat, dan kepentingan masa kini dan masa yang  akan datang. Supaya terciptanya integritas dan solidaritas sosial masyarakat.
Kemudian dari pada itu kita sebagai mahluk sosial haruss mendorong masyarakat agar melakukan perbuatan baik dalam kehidupan bersama serta mempertajam perspektif  kepekaan kita ataupun masyarakat sekitar agar supaya bisa menolak dan mencegah semua hal yang dapat menjerumuskan kehidupan masyarakat ke lembah kemungkaran dan kelubang kehancuran.
Komentar : pada umumnya dalam relasi hubungan sosial antara manusia dan masyarakat ada prinsip prinsip dasar dalam hubungan sosila yang harus di perhatikan oleh setiap manusia. Meskipun demikian ada beberapa hal yang menjadi perbedaan sudut pandang tentang prinsip prinsip dasar antar manusia, kelompok sosial, ataupun masyarakat luas lainnya. Mungkin prinsip yang tadi saya jelaskan itu bisa menjadi landasan dasar kita untuk bisa melakukan kepentingan dakwah dalam masyarakat.



Artikel 5
Samseng & Gengsterisme

Gejala samseng & gengsterisme yang berlaku di sekolah menengah semakin membimbangkan. Adakalanya kerana terpengaruh dengan rakan sebaya, remaja menyertai kumpulan gengster di luar. Kebiasaannya apabila kumpulan gengster ini dibentuk di sekolah,kumpulan ini akan mengambil kesempatan untuk membuli pelajar yang lemah. Mereka tidak takut kepada sesiapa kerana merasakan sudah kuat & boleh membuat apa sahaja. Amaran keras dari pihak sekolah dan hukuman dibuang atau digantung dari persekolahan tidak menjadi masalah besar buat mereka. Kumpulan ini bukan sekadar membuli pelajar yang lemah, malah ada yang lebih berani mula terbabit di dalam penyalahgunaan dadah, mencuri, mengugut & yang lebih kronik terbabit dalam jenayah berat seperti merogol & membunuh.

Tidak terkecuali juga bagi remaja yang terlibat di dalam kumpulan punk & skin head. Sungguhpun mereka mengatakan bahawa mereka menyertai kumpulan ini sekadar suka-suka & tidak terbabit di dalam kes jenayah, terdapat juga laporan di dalam media cetak sesetengah kumpulan punk & skinhead terbabit dalam kes jenayah apabila mereka terlalu taksub dengan idealogi kumpulan.

Seks Bebas

Seks bebas ini juga antara masalah yang semakin meruncing yang mana remaja yang terlibat bukan sahaja tinggal di kawasan bandar & kota, malah turut berlaku di luar bandar. Lebih menyedihkan, remaja yang terbabit yang berusia seawal 12 tahun. Pengaruh dari rakan-rakan & juga video lucah antara punca berlakunya masalah seks bebas. Kes yang kerap dilaporkan di media cetak ialah remaja perempuan yang lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki. Alasan yang kerap diberikan adalah tidak tahan dikongkong oleh ibu bapa & ingin mencari kebebasan di luar. Berlakunya hubungan seks bebas ini sehingga remaja perempuan mengandung anak yang tidak sah taraf. Bagi remaja perempuan yang kebingungan untuk mencari jalan penyelesaian, desakan dari rakan-rakan & teman lelaki untuk menggugurkan kandungan & membuang bayi adalah antara penyelesaian singkat bagi mengelak daripada menjadi tohmahan masyarakat. Namun,terdapat juga remaja yang hamil anak tidak sah taraf tidak sanggup mengambil risiko membahayakan nyawa dengan menggugurkan kandungan. Mereka meminta bantuan daripada pihak rumah kebajikan untuk membimbing mereka kembali ke pangkal jalan. Kerajaan Melaka misalnya mengambil inisiatif dengan menubuhkan sekolah remaja yang hamil anak tidak sah taraf untuk membantu remaja ini dengan memberi perlindungan & bimbingan kepada mereka. Walaupun cadangan ini pada awalnya mendapat reaksi negatif daripada masyarakat, namun ia merupakan salah satu cara untuk memberi perlindungan kepada remaja yang terjebak dalam kancah sosial.

Minum Arak & Penyalahgunaan Dadah.

Sikap suka mencuba & menyahut cabaran rakan-rakan antara sebab berlaku gejala ini. Arak boleh dibeli di kedai runcit dijual dengan harga yang murah. Bukan perkara yang pelik jika akhbar ada melaporkan pelajar sekolah rendah juga ada yang membeli minuman keras & berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Penyalahgunaan dadah juga antara masalah sosial yang paling kerap dilaporkan. Berdasarkan kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia mendapati kebanyakan penagih dadah di Malaysia mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15 tahun & 71% daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda yang berusia antara 19-39 tahun. Dadah bukan terhad kepada jenis dadah yang dikenali umum seperti morfin, heroin, metaphatemin, ganja & pil kuda, ia turut merangkumi jenis-jenis ubat yang disalahguna seperti ubat batuk & gejala hidu gam. Tidak kira dadah, arak atau pun hidu gam, ia membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh membawa maut.

Lumba Haram

Gejala mula popular di kalangan remaja sekitar akhir tahun 90 an. Alasan sering kali diutarakan oleh remaja yang menyertai lumba haram ini adalah inginkan kebebasan & keseronokan. Kebiasaannya, hadiah yang dipertandingkan dalam perlumbaan ini adalah wang pertaruhan yang diperolehi dari penonton & gadis remaja daripada kumpulan yang kalah. Mereka tidak ketinggalan menggunakan dadah. Kumpulan lumba haram ini tidak takut kepada pemantauan pihak polis & yang paling teruk mereka tidak takut mati setiap kali berlumba. Tidak menjadi masalah besar buat mereka seandainya mereka pernah terbabit dalam kemalangan atau rakan mereka maut ketika berlumba. Kumpulan ini mempunyai perasaan setia kepada kumpulan masing-masing & sanggup terlibat dalam pergaduhan. Motosikal yang digunakan untuk perlumbaan haram kebiasaannya telah diubah. Peratusan remaja yang terlibat dalam perlumbaan haram ini semakin meningkat & pihak polis sendiri semakin kerap membuat pemantauan bagi mengurangkan kes lumba haram sekaligus mengurangkan kadar kemalangan ngeri akibat perlumbaan tersebut.

Ponteng Sekolah

Senario ponteng sekolah bukanlah masalah sosial baru di kalangan pelajar sekolah di negara ini. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97% adalah dari kalangan pelajar lelaki & 3% adalah pelajar perempuan. Masalah ponteng sekolah lebih ketara berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah iaitu tingkatan 2 & 3 terutama mereka yang bersekolah di kawasan bandar & sekolah di pinggir bandar. Di antara faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini ialah tiada minat atau motivasi untuk ke sekolah, pengaruh rakan sebaya & pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah & melayari internet di cyber cafe.

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

  Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial
telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai
sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana
golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan
merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap
lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita
tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang
melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah
membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.
Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang
amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman
inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah
persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar
banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya
daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para
remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup
daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim,
1950).
Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau
berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah ,
lari dari rumah , seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita..
Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai
kumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme , membunuh, samun tanpa senjata api
mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaan
dadah , minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti
ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malah
disekolah luar bandar.

GEJALA sosial merupakan satu amalan tidak sihat yang sering dikaitkan dengan remaja pada masa kini. Gejala atau masalah yang ketara yang dapat kita lihat dalam masyarakat kita pada hari ini adalah seperti masalah atau gejala samseng atau gangsterisme, seks bebas, pembuangan bayi, merempit atau lumba haram, penyalahgunaan dadah, minum arak dan ponteng sekolah.

Gejala-gejala seperti ini dapat mendorong seseorang remaja terjebak ke lembah yang boleh merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Seringkali kita dengar berbagai-bagai berita buruk yang sering disiarkan dikaca-kaca televisyen, di corong-corong radio mengenai masalah ini terutamanya kes pembuangan bayi, kes gangster (buli), dadah, ponteng sekolah dan lain-lain lagi.

Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka.

Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke lembah gejala sosial yang tidak sihat ini.

Jika kita teliti dengan mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah terjebak dalam kancah gejala sosial. Antara punca-punca berlakunya masalah ini adalah kurangnya didikan agama dalam keluarga, ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan harian mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa terhadap anak-anak.

Selain itu, berpunca daripada pergaulan bebas, kurangnya kasih sayang ibu bapa dan sebagainya. Hal ini, menyebabkan remaja sekarang terlalu bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa berfikir terlebih dahulu sama ada perkara yang dilakukan itu baik ataupun buruk.

Oleh itu, masalah ini haruslah dibendung daripada sekarang agar tidak menyesal dikemudian hari terutamanya ibu bapa. Ibu bapa perlulah meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak di rumah, memberikan perhatian yang penuh kepada anak-anak agar mereka lebih berasa disayangi.

Selain itu, pendidikan agama juga haruslah ditekankan dalam hidup anak-anak supaya mereka berakhlak mulia dan tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Oleh itu, masalah ini perlu dikawal sejak dari rumah dan perlu diterapkan sejak kecil lagi agar dapat melahirkan generasi yang elok perangai dan akhlaknya pada masa hadapan bak mengikut peribahasa Melayu iaitu “sediakan payung sebelum hujan”.

Kurangnya Nilai atau Pendididikan Agama
Kurangnya nilai dan pegangan agama yang kukuh maka tidak mustahillah iman seseorang itu akan goyah terutamanya insan yang baru hendak mengenal selok-belok kehidupan di dunia ini yang penuh dengan segala cabaran dan dugaan hidup.

Ajaran agama perlulah diterapkan sejak dari rumah lagi. Ibu bapa bertanggungjawab dalam memberikan ajaran agama yang sempurna untuk membentuk akhlak anak-anak supaya lebih baik dan dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

Jika ibu bapa tidak menerapkan ajaran agama dalam diri remaja, sedikit sebanyak remaja tersebut kurang panduan dalam menghadapi cabaran sosial yang serba mencabar ini. Pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri remaja sejak kecil lagi.

Ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis sebenarnya sudah cukup menyeluruh untuk dijadikan panduan hidup dalam menerangi kegelapan. Islam sudah menerangkan secara jelas tentang bahana atau hukuman setiap gejala sosial jika dilakukan oleh orang Islam.

Jika panduan agama ini dijadikan satu pegangan yang kukuh dalam diri maka, secara tidak langsung gejala sosial tidak akan wujud dalam negara dan ia dapat dibendung dengan baik sekali.

Hal ini tidak hanya berfokuskan kepada penganut agama Islam sahaja, agama-agama lain juga seperti agama hindu, buddha, kristian dan lain-lain mencegah sekeras-kerasnya penganut mereka melakukan perkara-perkara yang tidak baik yang boleh menimbulkan kerumitan dalam hidup.

Sekiranya ajaran atau didikan agama yang sempurna maka, hidup manusia dalam keluarga, masyarakat dan negara akan aman dan bebas daripada segala gejala sosial yang timbul seperti lumba haram, dadah, bergaduh dan sebagainya.

Ibu Bapa Yang Terlalu Sibuk
Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan tugas masing-masing merupakan salah satu punca berlakunya gejala sosial ini. Majoriti pada zaman sekarang ibu bapa boleh dikatakan 80% bekerja kedua-duanya sehinggakan kualiti masa untuk bersama dengan anak-anak di rumah tiada, menyebabkan kehidupan seharian anak-anak terabai dan secara tidak langsung nilai kasih sayang juga berkurangan.

Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu peranan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah.

Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Tetapi dunia hari ini, disebabkan kesibukkan itu ibu bapa semakin merasakan berada di zon selesa.
   
Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan insan yang paling terdekat dengan anak-anak atau remaja. Ibu bapa haruslah meluangkan lebih banyak masa dengan anak remaja mereka di rumah. Menerapkan nilai-nilai kasih sayang yang mencukupi serta ajaran atau didikan agama yang sempuran untuk membentuk keperibadian yang sempurna dan mulia.

Selain itu juga, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah.

Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Selain itu, ibu bapa juga perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan.

Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibu bapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak dan juga ia membawa keberkatan dalam hidup seharian.
   
Peranan Sekolah
Peranan pihak sekolah terutamanya guru-guru merupakan satu langkah yang perlu diambil serius. Guru-guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya.

Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai pemerintah dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah pandai mengambil hati murid-murid mereka juga agar suasana yang sihat dapat diwujudkan.
   
Kesan Ke atas Individu
Kesan ke atas individu itu sendiri iaitu remaja yang terlibat. Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ia terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya.

Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.

Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyakan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan negara.

Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu sehingga boleh membawa kepada kerosakkan diri sendiri akibat daripada tindakan bodoh yang dilakukan itu.
   
Kesan Kepada Keluarga
Seterusnya, kesan kepada keluarga. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.

Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.

Punca - Punca Gejala Sosial

Banyak yang boleh nak diperkatakan tentang gejala sosial antaranya ialah:-

Media Massa

Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.

Internet

Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.

Institusi Kekeluargaan Yang Goyah

Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Cara Berpakaian

Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan.Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit.Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas. Walaupun Brunei Darussalam sebuah negara MIB, kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan.

Dunia Cinta Remaja

Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya. Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya adalah mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan