Sabtu, 16 September 2017

(Kerja Kursus) Stress


Artikel 1

Mental masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia?
STRES yang disebabkan beban kerja melampau serta tugasan yang mempunyai konflik jika tidak ditangani boleh menjejaskan kesihatan mental pekerja.


06 April 2017 12:00 PM
MUNGKIN ramai di antara kita yang masih tidak sedar kepentingan kesihatan mental di tempat kerja bagi menghasilkan suasana yang selamat, kondusif dan produktif. Sebenarnya, perkara ini amat penting kerana ramai pakar yang telah memberi amaran bahawa penyakit mental bakal menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung menjelang tahun 2020.
Kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menunjukkan tekanan perasaan bakal menggantikan penyakit kardiovaskular sebagai faktor penentu utama sama ada seseorang itu masih mampu untuk terus bekerja atau tidak.
Pekerja di Malaysia tidak terkecuali daripada masalah ini kerana Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan lebih kurang 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas, atau 29.2 peratus populasi negara, menghidapi pelbagai masalah mental. Ini adalah peningkatan sebanyak 11.2 peratus berbanding 2006.
Pengarah Eksekutif Persekutan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan baru-baru ini turut dilaporkan berkata, memang terdapat peningkatan masalah berkaitan tekanan perasaan di tempat kerja.
Peningkatan itu disebabkan tekanan hidup yang semakin mencabar, terutamanya di kawasan bandar-bandar besar. Saya percaya setiap pekerja sewajarnya diberikan tempat kerja yang selamat serta bebas daripada penyakit dan kemalangan sebagai hak asasi manusia.
Tempat kerja yang selamat dan sihat sudah tentu akan mewujudkan persekitaran fizikal dan sosial yang baik. Ia juga berupaya menggalakkan kerjasama di antara pekerja serta meningkatkan potensi organisasi ke tahap maksimum.
Berdasarkan kajian, psikososial adalah satu daripada lima kategori masalah kesihatan di tempat kerja selain fizikal, ki­mia, biologikal dan ergonomik.
Jika masalah psikososial di tempat kerja ditangani de­ngan baik, akan menghasilkan persekitaran kerja yang sihat. Pekerja akan rasa lebih dihargai manakala budaya kerja lebih positif akan dapat diterapkan dalam kalangan mereka. Sebaliknya, jika soal ini diambil ringan akan memberi kesan kepada pekerja selain memperlahankan produktiviti dan kecekapan sesebuah organisasi.
Oleh itu, menangani tekanan kerja dan risiko psikososial sepatutnya dijadikan sebahagian daripada strategi keselamatan dan kesihatan untuk mengurangkan kemalangan dan kecederaan di tempat kerja.
Terdapat banyak faktor penyumbang kepada risiko psikososial di tempat kerja yang boleh menyebabkan tekanan, keletihan melampau dan kemurungan. Antara faktor tersebut adalah kelemahan organisasi; beban kerja melampau; tugasan yang mempunyai konflik; kurang keyakinan terhadap masa hadapan; masalah antara pekerja; penderaan fizikal, psikologi dan seksual; kurangnya sokongan daripada pihak atasan serta kelemah­an komunikasi.
Lebih memburukkan keadaan apabila pihak majikan dan pengurusan turut menafikan hak pekerja untuk mendapatkan keseimbangan di antara pekerjaan dan kehidup­an. Justeru, adalah penting bagi setiap organisasi untuk merangka pelan mengurangkan tekanan dengan menyediakan persekitaran kerja yang sihat.
Majikan juga patut menubuhkan Jawatankuasa Ke­selamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk membantu menilai tahap kesihatan mental setiap pekerja dan menanganinya dengan berkesan. Mereka boleh memperkenalkan Program Bantuan Pekerja sebagai usaha pencegahan dan intervensi awal kakitangan yang berhadapan dengan tekanan mental dan emosi.
Pengurusan risiko juga perlu dilaksanakan di bawah pelan tindakan komprehensif tersebut. Ini dapat membantu JKKP mengenal pasti pekerja yang menghadapi tekanan untuk dirujuk kepada pihak yang berkenaan.
Kita perlu sedar bahawa sebarang pelaburan untuk menjaga kesihatan mental dan emosi pekerja pas­tinya akan memberi pulangan yang baik. Antara lain, ia akan meningkatkan produktiviti apabila kes-kes seperti kekerapan mendapatkan sijil sakit, ponteng dan kemurungan dapat dikurangkan.
Pada masa sama, kerajaan juga perlu memperkenalkan garis panduan kesihatan mental di tempat kerja dan menggalakkan penganjuran lebih banyak kempen pendidikan dan kesedaran mengenai isu tersebut.
Sesungguhnya fokus dan pelaburan untuk kesihatan mental dan emosi pekerja pasti memberikan pulangan positif pada masa akan datang kerana mampu mewujudkan tenaga kerja yang sihat mental dan fizikal serta produktif.
Perlu diingatkan, pekerja yang tertekan bukan sahaja akan memperlahankan produktiviti, tetapi juga menyum­bang kepada peningkatan kadar kemalangan dan kece­deraan di tempat kerja.
TAN SRI LEE LAM THYE ialah Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).
Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/mental-masalah-kesihatan-kedua-terbesar-di-malaysia-1.466149#ixzz4qclt0az6
© Utusan Melayu (M) Bhd 
 03/12/2015  COMMENTS (0)  KOLUMNISUTAMA  1            


Artikel 2 



1k0
Lambakan berita pembunuhan, bunuh diri dan kes-kes tragis melibatkan isu kesihatan mental sepanjang 2015 seharusnya memberi signal kepada kita semua akan kepentingan melihat isu kesihatan mental sebagai isu perdana. Masyarakat pada setiap lapisan harus lebih terbuka membicarakan isu ini dan tidak menganggapnya sebagai kes-kes terpencil. Keseriusan sesetengah kes, terutama yang melibatkan kehilangan nyawa seharusnya memberi isyarat yang jelas untuk semua pihak bertindak.
Statistik Menggambarkan Keseriusan
Menurut Soal Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011, 12 peratus daripada rakyat Malaysia berusia di antara 18 ke 60 tahun mengalami gangguan kesihatan mental. Daripada peratusan ini, paling ramai menghidap kemurungan (2%) di ikuti dengan kerisauan (1.8%) dan gangguan psikosis (1%). Wanita didapati tiga kali ganda lebih berisiko berbanding lelaki.
Apa yang turut merisaukan ialah peningkatan kes bunuh diri di negara ini dengan 60 kes setiap bulan seperti yang dilaporkan oleh National Suicide Registry. Ini tidak termasuk kes-kes percubaan bunuh diri, kes-kes yang tidak didaftarkan  atau tidak dapat disahkan sebagai bunuh diri.
Bagi golongan remaja dan kanak-kanak, peningkatan statistik kes yang mengalami gangguan kesihatan mental juga menunjukkan pola peningkatan yang merisaukan. Daripada kadar 16 peratus pada tahun 1996, perangkaan terkini menunjukkan peningkatan kepada 20 peratus pada tahun 2011.
Hasil-hasil kajian ini seharusnya mengikis mentaliti masyarakat yang memandang sinis kepentingan kesihatan mental. Lebih teruk lagi jika isu stigma, malu, prejudis, diskriminasi terhadap pesakit dan keluarga masih lagi menjadi isu yang belum selesai.
Kemurungan
Antara penyakit mental yang banyak berlaku tetapi kurang mendapat perhatian ialah kemurungan. Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) meletakkan kemurungan (Major Depressive Disorder) ditangga ke-empat dalam senarai penyakit yang menyebabkan bebanan kepada dunia. Dalam tempoh 50 tahun lagi, ia dijangka mengambil tempat yang lebih utama berbanding penyakit-penyakit fizikal yang lain.
Kemurungan sering disalah ertikan sebagai bersedih. Maka, mereka yang mengalami kemurungan disalah anggap dengan konotasi yang negatif seperti tidak pandai mengurus emosi, lemah dan mudah putus asa. Ini bertentangan sama sekali dengan hakikat sebenar kemurungan. Ia merupakan suatu penyakit yang mempunyai asas biologi yang terbukti jelas. Perubahan emosi seperti kemurungan, hilang semangat, putus asa merupakan hanya sebahagian gejala-gejala yang sebenarnya merupakan manifestasi perubahan kimia dalam otak, perubahan hormon dan pelbagai perubahan fizikal yang berlaku pada tubuh badan.
Kemurungan menyebabkan gangguan fikiran, gangguan fungsi tubuh seperti tidur, selera makan, tenaga, seksual dan pada keadaan yang teruk boleh menyebabkan hilang pertimbangan rasional.
Kajian terkini oleh Universiti Malaya menunjukkan kadar kemurungan di kalangan rakyat Malaysia ialah di antara 8 hingga 12 peratus (Ng, 2014). Di antara mereka yang berisiko tinggi ialah wanita dari kalangan sosioekonomi yang mencabar serta mereka yang mempunyai masalah kesihatan fizikal yang lain.
Sementara itu, kajian oleh Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia pada tahun 2014 mengenal pasti beberapa risiko lain seperti kerisauan, masalah di tempat kerja yang serius, masalah keluarga, keganasan rumahtangga, personaliti yang kurang keyakinan diri, masalah kewangan dan penyakit kronik (Maideen, 2014).
Kemurungan yang tidak dirawat bukan sekadar memberi kesan kepada individu tetapi turut memberi kesan kepada ahli keluarga, kerjaya dan masa depan. Sebagai contoh, ibu yang mengalami gangguan kemurungan pada fasa selepas bersalin akan memberi impak kepada bayi dan mengakibatkan bayi terdedah kepada risiko keselamatan serta risiko mendapat gangguan mental di masa hadapan.
Pengesanan Awal dan Rawatan
Kemurungan bukan penyakit berjangkit mahupun penyakit terminal. Pelbagai bentuk rawatan boleh diberikan kepada pesakit mengikut tahap dan peringkat penyakit.
Pada tahap ringan, sokongan dan terapi psikososial mampu memberi impak kepada pesakit. Namun pada tahap sederhana atau berat, rawatan dalam bentuk ubatan serta terapi khusus diperlukan. Penyakit ini boleh sembuh dan pesakit mampu kembali bekerja dalam keadaan penyakit terkawal.
Apa yang penting adalah pengesanan awal dan rawatan serta sokongan berterusan dari doktor, keluarga, majikan dan rakan sekerja.
Jika anda sendiri, ahli keluarga atau rakan-rakan  mengalami sebarang masalah berkaitan dengan kemurungan atau mula menunjukkan tanda-tanda kemurungan, dapatkan penilaian di klinik-klinik kesihatan atau hospital berdekatan. Pada peringkat awal, doktor akan membuat saringan pengesahan serta memastikan masalah tersebut bukan disebabkan oleh penyakit fizikal yang lain seperti jangkitan kuman, masalah hormon dan sebagainya. Sekiranya perlu, beberapa ujian akan dilakukan oleh doktor. Sekiranya disahkan masalah tersebut melibatkan kemurungan, anda akan di rujuk ke perkhidmatan pakar psikiatri berdekatan untuk rawatan susulan. Terdapat juga perkhidmatan psikiatri swasta di sesetengah kawasan.
Jika masalah tersebut serius dan melibatkan keselamatan, seperti cubaan mencederakan diri, rawatan segera harus diperolehi dari hospital berdekatan secepat mungkin.
Pencegahan
Biarpun bukan semua kes kemurungan bermula dengan punca stress yang spesifik, namun menangani stress dan konflik dari awal merupakan langkah pencegahan yang efektif. Setiap individu harus mengenalpasti punca stress masing-masing dan mengenalpasti kaedah terbaik menanganinya.
Adakah pegangan agama meberi sebarang impak kepada kemurungan? Kajian oleh Miller et al (2010) selama 10 tahun mendapati pegangan agama merupakan faktor pelindung yang kuat bagi mengelakkan seseorang mengalami kemurungan. Kajian oleh Zuraida et al (2007) dan Abu Talib (2015) juga mendapati pegangan agama sebagai antara faktor pelindung kepada keinginan membunuh diri.
Kajian-kajian ini tidak bermaksud mereka yang mengalami kemurungan adalah kerana kurangnya pegangan agama. Namun titik penting yang perlu difahami ialah memiliki kekuatan rohani dan spiritual, dalam kontek agama merupakan asas penting dalam meningkatkan daya tahan individu dari kemurungan.
Ini lebih relevan terutama dalam kes yang melibatkan punca stress yang spesifik seperti masalah peribadi, percintaan, rumahtangga dan kewangan. Dalam hal-hal seperti ini, penyelesaian dari perspektif agama perlu bagi memastikan seseorang tidak mudah putus asa dan melihat krisis yang dialamai dalam perspektif buruk semata-mata.
Kesimpulan
Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak bagi memastikan tidak ada lagi kes-kes melibatkan nyawa yang berkait dengan kesihatan mental. Pencegahan awal penting bagi memastikan kemurungan dan masalah mental yang lain dapat dikenal pasti dari awal. Mereka yang mengalami masalah ini harus menolak ketepi keegoaan atau stigma masyarakat demi memastikan yang terbaik buat diri anda dan keluarga. Dapatkan penilaian dan rawatan segera sebelum terlambat.
Dr Rozanizam Zakaria,
AJK I-Medik Kelantan
Pegawai Perubatan Sarjana Psikiatri HUSM
http://www.imedik.org/kemurungan-dan-masalah-kesihatan-mental-jangan-tunggu-sehingga-anda-jadi-sebahagian-statistik/ FAKTOR-FAKTOR STRESS









Artikel 3


Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan ke-12.
Semoga Ramadhan kali ini akan memberikan lebih keberkatan kepada kita semua.
In Sha ALLAH.
Okess! Seperti yang Awla janjikan sebelum ini, hari ini Awla akan sambung kembali tentang STRESS!

Sebelum ini Awla dah ceritakan apa itu Stress sebenarnya kan ? Hope semua dah faham :)
Kalau tak faham lagi , jom baca entri ini dengan lebih lanjut. In Sha Allah, akan lebih faham. :)
First, kita kaji dahulu apa punca atau faktor yang menyebabkan tercetusnya STRESS ini.. ?? 
* Ada sesiapa pernah mengalami keadaan macam ni ??
Stress boleh berlaku di mana-mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja, daripada bayi sehingga warga emas. Contohnya, STRESS di tempat kerja, di rumah, di sekolah dan di mana sahaja kita mula merasai stress itu wujud. Ada orang stress disebabkan bebanan kerja yang terlalu banyak, ada pelajar yang stress bila gagal, ada ibu bapa yang stress apabila mengalami krisis rumah tangga. Malah ada orang STRESS disebabkan pilihan pakaian terlalu banyak, sampai tak tahu nak pilih yang mana untuk buat baju raya ;)
Stress terbahagia kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Jom kita Terjahh, apa faktor dalaman yang boleh menyebabkan STRESS!
FAKTOR DALAMAN
(a) Perwatakan
Jika dilihat seperti contoh yang Awla berikan di awal tadi, perwatakan manusia ini berbeza-beza. Oleh kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia adalah unik, iaitu jika dilihatkadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak meminati mata pelajaran matematik. Ada pula manusia yang meminati mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa Melayu dan sebagainya lagi. Ini yang dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecenderungan,pelbagai minat dan nilai dan seumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat mengalami stress dan ada pula manusia yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu kenal di mana kedudukan atau tahap kedudukan stress yang ada pada diri kita.
(b) Kendiri yang terlalu ideal
Manusia mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini selalunya akan menjadi kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian tersebut. Yang menjadi masalahnya ialah apabila manusia tidak bertindak untuk mengejar impian tersebut. Cita-cita dan Impian tinggi tapi usaha kosong ? Sebagai contoh kita melihat pencapaian pelajaran rakan kita, atau orang yang telah berjaya, tetapi kita sedikit pun tidakberusaha ke arah itu, malah kita masih dengan tabiat yang lama seperti meniru kawan, membuang masa dan sebagainya. Perkara ini sangat tidak tepat sekiranya kita tidak menyeimbangkan antara usaha dan cita-cita.
(c) Kognitif
Kognitif adalah pemikiran yang wujud dalam diri manusia. Manusia mengalami ketegangan disebabkan kognitif atau banyak berfikir perkara-perkara yang negatif. Manusia kadang-kadang merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat dan potensi. Ini disebutkan sebagai faktor kognitif yang begitu menekan. Manusia-manusia ini mudah mengalami stress kerana berfikiran lemah. Justeru, kita tidak dapat menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress akan mudah datang kepada manusia seperti ini. Oleh hal yang demikian, kita perlu memberikan perhatian dari sudut itu.
(f) Tidak selaras personaliti
Stress hadir apabila manusia tidak mempunyai keselarasan antara personaliti diri dan minat dalam kerjaya. Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang sosial iaitu ingin menjadi guru dan sebagainya tetapi bekerja sebagai Jurutera. Ini menunjukkan tiada keselarasan antara minat dan personaliti yang ada. Perkara ini sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak mengenalpastinya sungguh-sungguh.
(d) Kelemahan dalam komunikasi dan berbahasa
Stress juga terjadi kepada manusia yang mempunyai masalah berkomunikasi dan berbahasa. Kegagalan berkomunikasi menyebabkan seseorang sukar untuk berinteraksi dengan seseorang yang lain. Dengan itu, segala maklumat yang ingin disampaikan tidak diterima oleh pendengar dengan berkesan. Ini akan menimbulkan masalah dan sekiranya ia tidak dapat diatasi, stress pasti akan berlaku.
(e) Keperluan dan kemahuan
 Setiap manusia pasti mempunyai keperluan dan kemahuan masing-masing dalam kehidupan ini. Cuma, yang membezakannya samaada keperluan dan kemahuan itu sedikit atau banyak. Sebagai contoh, remaja yang kekurangan kasih sayang dalam hidupnya boleh mendatang stress yang besar kepada dirinya. Sebuah keluarga yang hidup dalam kemiskinan dan tidak mempunyai keperluan yang mencukupi akan mengalami stress jika tidak ditangani dengan baik.
FAKTOR LUARAN
(a) Sosial dan tempat kerja
Selalunya kita tidak terlepas dari hubungan dengan orang lain. Manusia juga bekerja dan di tempat kerja sudah pasti manusia berkomunikasi dengan orang lain. Justeru hubungan sentiasa berlaku. Dalam hubungan ini selalunya berlakulah komunikasi yang mencetuskan masalah. Lumrah hidup di dunia, masalah tidak boleh lari. Sebenarnya masalah yang datang boleh mematangkan manusia. Jika kita lari dari masalah maka kita lari dari proses membina kematangan diri. Manusia yang berani menghadapi masalah ialah manusia yang berani menghadapi kenyataan. Apabila hubungan negatif berlaku dengan orang lain, ini juga boleh menjadi penyumbang kepada stress. Maka hadapilah masalah ini dengan penuh kerjasama.
 (b) Hubungan dengan keluarga
Ramai orang mengalami stress kerana hubungan antara suami-isteri, ibu-anak, ibu bapa-anak-anak yang tidak baik. Ketegangan yang berlaku alam hubungan kekeluargaan boleh mencetuskan hasil yang tidak baik. Misalnya, ibu tidak lagi memberi penghargaan kepada anak-anak. Anak-anak tidak lagi menghormati ibu dan ayah sebagaimana sewajarnya dihormati. Komunikasi dua hala sudah terkubur dan inilah bibit-bibit yang bakal mencetuskan kehancuran institusi keluarga dan seterusnya menyebabkan stress berlaku. Justeru, perkara ini perlu diberi perhatian. Maka kita perlu mencorakkan satu hubungan yang penuh empati dan memahami antara satu sama lain. Hubungan ini dijalinkan berdasarkan kepada kasih sayang, hormat menghormati dan menghargai individu lain.
(c) Persekitaran
Persekitaran dan keadaan cuaca yang tidak stabil juga boleh menyebabkan stress. Contohnya, para pelajar membuat bising di dalam kelas . Keadaan ini boleh mendatangkan stress kepada pelajar lain yang sedang belajar. Cuaca yang tidak menentu seperti panas terik boleh menyebabkan stress kepada petani yang sedang bekerja.  Oleh itu, stress ini boleh di atasi dengan cara yang baik jika tahu bagaimana cara untuk mengatasinya.
Wahh, sedar tak sedar, rupanya dah panjang lebar Awla menaip :)
Kalau lihat kepada faktor-faktor stress yang Awla terangkan, semua boleh memberikan kesan yang NEGATIF kan ? Jadi, bagaimana STRESS ini dapat memberikan kesan yang POSITIF ? Awla akan sambung untuk entri seterusnya pula tentang STRESS NEGATIF dan STRESS POSITIF ini. Pasti kamu semua dah penat baca panjang-panjang ni ya ?
Sampai di sini sahaja dahulu untuk kali ini, in Sha ALLAH, Awla kan sambung secepat mungkin :)
No more STRESS !
 Thanks  a lot for reading ! Semoga ALLAH redha.
Health Care Minyak Angin Aromatheraphy Non Alkohol
Regards Luv,
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)



Artikel 4

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRESSFAKTOR DALAMAN
(a) Perwatakan
Jika dilihat seperti contoh yang diberikan di awal tadi, perwatakan manusia ini berbeza-beza.Oleh kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia adalah unik, iaitu jika dilihatkadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak meminati mata pelajaranmatematik. Ada pula manusia yang meminati mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa Melayudan sebagainya lagi. Ini yang dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecenderungan,pelbagai minat dan nilai dan seumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat mengalami stress danada pula manusia yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu kenal di manakedudukan atau tahap kedudukan stress yang ada pada diri kita.
(b) Kendiri yang terlalu ideal
Manusia mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini selalunya akanmenjadi kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian tersebut. Yang menjadimasalahnya ialah apabila manusia bertingkah laku yang langsung tidak mengejar impian tersebut.Tegasnya di sini ialah apabila kendiri ideal terlalu tinggi tetapi dari segi kendiri sebenarnya(tingkah lakunya) tidak memaparkan usaha ke arah pencapaian tersebut. Sebagai contoh kitamelihat pencapaian pelajaran rakan kita, atau orang yang telah berjaya, tetapi kita sedikitpun tidakberusaha ke arah itu, malah kita masih bertabiat lama seperti meniru kawan, membuang masa dansebagainya. Oleh itu adalah tidak tepat kiranya kita tidak menyeimbangkan antara usaha dan cita-cita.

(c) Kognitif
Kognitif adalah pemikiran yang wujud dalam diri manusia. Manusia mengalami ketegangandisebabkan kognitif atau banyak berfikir perkara-perkara yang negatif. Manusia kadang-kadangmerasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat dan potensi. Ini disebutkan sebagai faktor kognitif yang begitu menekan. Manusia-manusia ini mudah dihinggapi stress kerana berfikiran lemah.Justeru itu kita tidak dapat menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress mudah datangpada manusia ini. Oleh yang demikian kita perlu memberikan perhatian dari sudut itu.
(f) Tidak selaras personaliti
Stress hadir apabila manusia tidak mempunyai keselarasan antara personaliti diri dan minatdalam kerjaya. Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang sosial iaitu menjadi gurudan sebagainya tetapi bekerja sebagai Jurutera. Ini menunjukkan tiada keselarasan antara minatdan personaliti yang ada. Perkara ini sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak mengenalpastinya sungguh-sungguh.
(d) Kelemahan dalam komunikasi dan berbahasa
Stress juga terjadi kepada manusia yang mempunyai masalah berkomunikasi dan berbahasa.Kegagalan berkomunikasi menyebabkan seseorang sukar untuk berinteraksi dengan seseorangyang lain. Dengan itu segala maklumat yang ingin disampaikan tidak diterima oleh pendengar dengan berkesan. Ini akan menimbulkan masalah dan sekiranya ia tidak dapat diatasi, stress pastiakan berlaku.
(e) Keperluan dan kemahuan
- Status- Kuasa- Kasih Sayang- Prestasi- Kesihatan- Keselamatan diri

FAKTOR LUARAN
(a) Sosial dan tempat kerja
Selalunya manusia tidak terlepas dari hubungan dengan manusia lain. Manusia juga bekerja dandi tempat kerja sudah pasti manusia berkomunikasi dengan orang lain. Justeru hubungan sentiasaberlaku. Dalam hubungan ini selalunya berlakulah komunikasi yang mencetuskan masalah. Lumrahhidup di dunia masalah tidak boleh lari. Sebenarnya masalah yang datang boleh mematangkanmanusia. Jika kita lari dari masalah maka kita lari dari proses membina kematangan diri. Manusiayang berani menghadapi masalah ialah manusia yang berani menghadapi kenyataan. Apabilahubungan negatif berlaku dengan orang lain, ini juga boleh menjadi penyumbangkepada stress.Maka hadapilah masalah ini dengan penuh kerjasama.
 (b) Hubungan dengan keluarga
Ramai orang mengalami stress kerana hubungan antara suami-isteri, ibu-anak, ibu bapa-anak-anak yang tidak baik. Kekalutan yang berlaku di dalam hubungan kekeluargaan boleh mencetuskanhasil yang tidak baik. Misalnya ibu tidak lagi memberi penghargaan kepada anak-anak. Anak-anaktidak lagi menghormati ibu dan ayah sebagaimana sewajarnya dihormati. Komunikasi dua halasudah terkubur dan inilah bibit-bibit yang mencetuskan kehancuran institusi keluarga dan seterusnyamenyebabkan stress berlaku. Justeru itu perkara ini perlu diberi perhatian. Maka kita perlumencorakkan satu hubungan yang penuh empati dan memahami antara satu sama lain. Hubunganini dijalinkan berdasarkan kepada kasih sayang, hormat menghormati dan menghargai individu lain.
(c) Persekitaran
- Cuaca- Bising- Sibuk- Kawalan tempat belajar



Artikel 5 

Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora. Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza  tahapnya. Tekanan yang dihadapi oleh golongan dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya, manakala bagi remaja pula tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang berkaitan dengan keluarga. Bagi sesetengah orang, tekanan mungkin membawa  kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan, manakala yang lainnya pula menganggap tekanan sebagai sumber kesengsaraan dan penderitaan  sehingga tekanan yang dihadapi  itu  membawa kepada pengakhiran kehidupan. Sebagai pelajar, saya juga tidak terlepas daripada menghadapi tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor terutamanya faktor pelajaraan. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah telah saya ambil bagi menangani masalah tekanan.

            Kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah untuk kesihatan fizikal, mental dan psikologi kita. Kegiatan tersebut ialah riadah, iaitu aktiviti yang sering dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Antara kegiatan riadah yang kerap saya lakukan ialah berbasikal, joging, bermain futsal, bermain badminton, bersiar-siar di taman rekreasi dan memancing ikan. Selepas bermain futsal dan badminton umpamanya, selain peluh mengalir membasahi tubuh, kepenatan akan dapat dirasakan. Selepas mandi dan membersihkan diri, saya akan berehat melepaskan lelah. Keadaan akan menjadi lebih baik apabila saya dapat melelapkan mata. Oleh sebab kepenatan selepas melakukan riadah, saya akan  tidur dengan sangat lena. Hilang sebentar segala masalah yang membelenggu diri. Tekanan pun menghindar dan akhirnya fikiran menjadi lapang. Ada waktunya saya melakukan riadah bersama-sama ibu bapa saya. Peluang keemasan itu saya gunakan sepenuhnya dengan melakukan perbincangan, sama ada yang berkaitan dengan masalah peribadi, mahupun masalah pelajaran yang sering memberikan tekanan kepada saya. Lantaran itu, saya menganggap kegiatan riadah sebagai serampang dua mata yang membantu meningkatkan kesihatan diri di samping menjadi salah satu cara untuk mengurangkan tekanan.

Sesungguhnya saya amat meyakini bahawa cara kita berfikir amat mempengaruhi kesihatan diri, terutamanya kesihatan mental. Lantas, demi memastikan saya  memiliki kesihatan yang baik tanpa menghadapi tekanan, saya  sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan sukar. Apabila menerima pujian, saya tidak akan  berbangga dengan pujian tersebut, sebaliknya saya akan memikirkan sama ada pujian terebut diberikan secara ikhlas atau diberikan kepada saya kerana ada udang di sebalik batu. Berkemungkinan pujian itu diberikan secara bersahaja, atau jika tidak pun saya menerimanya sebagai satu penghargaan. Bagaimanapun, jika kritikan atau teguran       pula yang diberikan, saya akan menerimanya dengan minda terbuka dan menganggapnya sebagai kritikan yang membina. Ibu sering mengingatkan saya bahawa kritikan yang diberikan oleh seseorang itu sebenarnya lebih ikhlas dan memiliki nilai kejujuran berbanding dengan pujian yang selalunya lebih bersifat palsu. Di sebalik kritikan yang diterima itu saya akan melakukan muhasabah diri lalu membaiki segala kekurangan yang ada agar saya tidak menerima kritikan yang sama pada waktu yang lain pula. Sekiranya saya tidak dapat menerima kritikan  tersebut, fikiran akan menjadi tidak menentu dan kusut, lalu akhirnya saya akan terjerat dalam kancah tekanan yang melampau. Natijahnya, saya sentiasa menghadapi tekanan dengan fikiran yang positif.


Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.

Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.

Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya – sikap . kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang?

Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.

1) Senaman pernafasan.

Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.

2)Tafakur (Meditation)

Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur.

3)Penggambaran.

Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.

4)Pengurutan (Massage).

Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.

5)Kelegaan otot.

Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.

6)Muzik.

Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.

7)Pengurusan masa.

Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.

Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).



Berfikiran positif

Bagi mengelakkan diri memikirkan perkara yang tidak berfaedah atau membebankan perasaan dan pemikiran kebiasaannya olyn akan mula berfikir secara positif. Iaitu olyn akan selalu menganggap bahawa masalah yang datang dan menjadikan diri kita tertekan sebagai cabaran dan rencah dalam kehidupan. manusia mana yang tidak ditimpa masalah dan mengalami tekanan. Perkara ini bergantung kepada diri setiap individu bagaimanakah cara untuk menangani stress masing-masing. Sebolehnya apabila menghadapi tekanan harus berfikir secara positif bahawa kita di uji kerana Tuhan sayangkan kita dan Tuhan tahu kita mampu menghadapinya oleh kita diuji. Kita juga harus berfikiran positif dan memikirkan bahawa stress adalah suatu keperluan hidup untuk kita meningkatkan kualiti kehidupan.

2. Sentiasa Mengingati Tuhan

Mengingati Tuhan juga adalah merupakan salah satu cara untuk mengatasi stress. hanya Tuhan sahaja yang punya kuasa untuk menentukan takdir hidup manusia. Namun sebagai manusia kita seharusnya berusaha untuk menghadapi segala ujian yang mendatang dengan kental. Jadilah seteguh karang. Nun jauh rendah di dasar lautan namun jiwa kentalnya sekental gunung di daratan.

3. Sedia berkongsi masalah

Bersedia berkongsi masalah dengan mana-mana individu yang kita percayai mampu mengurangkan tekanan dalam hidup. Sekurang-kurangnya bila kita telah meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan orang lain perasaan kita kan menjadi lebih tenang dan lega. akan merasa lebih tenang dan mendamaikan kerana keluahan telah diluahkan sepenuhnya. Namun berhati-hati, pilih individu yang boleh dipercayai.

4. Terima kelebihan dan kekurangan diri

Kebiasaannya, kita akan tertekan atau mengalami stress bila orang lain mengungkit kekurangan kita. apa salahnya jika kita menerima kekurangan diri dan kritikan yang diterima dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Terimalah juga kelebihan itu sebagai penghargaan kepada diri sendiri. Berdasarkan cara ini sekurang-kurangnya kita tahu bahawa setiap apa yang berlaku adalah bersebab.

5.Ketawa dan berseronoklah

Jika anda mengalami stress jangan sesekali menyisihkan diri daripada rakan-rakan mahupun orang lain.Cuba lah cari sesuatu yang boleh melegakan hati. Berseronoklah dan bergelak tawalah. Sesungguhnya ketawa adalah terapi bagi meregangkan urat2, otot2 dan saraf2 kita. Ia secara tidak langsung akan memberi cas positif dalam diri kita kerana kita tidak akan merasakan tertekan.

6.Senyum

Senyum akan secara tidak langsung memberi hiasan pada raut wajah.Orang akan turut tersenyum melihat kita senyum. Ini kerana senyum adalah salah satu bentuk komunikasi tanpa suara setiap individu dengan individu yang lain.

7.Bergaul dengan individu yang positif

Bergaul dengan individu yang positif akan menjadikan diri kita lebih bermotivasi. Ini kerana cas positif tersebut akan berpindah secara tidak langsung kepada kita.Persekitaran kita juga turut positif.



Stres merupakan masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Polemik ini merujuk kepada tekanan yang tinggi sehingga menaikkan tekanan darah dan membawa kepada ketidakstabilan emosi. Lantaran menerjah arus modenisasi, pelbagai sektor di Malaysia telah berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Sektor-sektor tersebut memerlukan perkhidmatan rakyat untuk melonjakkan prestasi mereka. Dunia yang semakin materialistik pula memaksa rakyat bekerja keras bagai lebah menghimpun madudemi menyara keluarga mereka dan membeli peralatan yang diingini. Harga barang yang tinggi serta kos hidup yang melambung menyebabkan masyarakat pelbagai cara kontemporari untuk bersaing dengan industri lain. Hakikatnya, rakyat Malaysia mendepani kepincangan ini sehingga menjejaskan organisasi sosial negara. Persoalan yang sering berlegar-legar di benak fikiran kita ialah apakah cara atau minhaj untuk mengurangkan masalah stres dalam kalangan rakyat Malaysia?

     Pada asasnya, rakyat Malaysia hendaklah meluangkan masa mereka untuk bersukan. Sukan amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan membantu mengurangkan tekanan. Misalnya, permainan bola sepak, badminton, tenis dan sebagainya bukan sahaja memberi suasana yang berbeza, bahkan juga membantu menyihatkan badan. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui sukan, seseorang mengeluarkan peluh dan hormon endorfin yang mencerdaskan otak, persisbadan cergas, otak cerdas. Aktiviti ini boleh dimain di padang, taman permainan atau gelanggang yang berhampiran dengan rumah masyarakat. Dengan bermain bersama rakan-rakan kita, fokus kita akan beralih daripada beban kerja kepada suasana permainan. Kita tidak akan memikirkan kerja seharian dan proses ini boleh merehatkan otak kita. Tegasnya, orang ramai perlu bersukan untuk memperoleh kebaikan serampang dua mata, iaitu mengatasi masalah stres disamping menyihatkan diri, persis sambil menyelam minum air.

     Selain itu, rakyat negara kita perlu beriadah dan berekreasi. Aktiviti bermandi-manda di air terjun, makan angin dan sebagainya membebaskan kita daripada cengkaman realiti. Aktiviti sedemikian boleh diadakan bersama keluarga mahupun rakan sepejabat secara berkala. Contohnya, pada cuti sekolah, hari keluarga dan pelepasan umum. Persekitaran yang berteraskan flora dan fauna serta penuh dengan udara nyaman mampu menyegarkan diri kita. Bunyi air mengalir serta dendangan lagu alam semulajadi dapat menenangkan jiwa kita yang dahulu dikongkong oleh hiruk-pikuk bandar. Suasana yang sejuk dan senyap mengajar kita melepaskan tekanan dengan melelapkan mata di bawah sebatang pokok redup. Hakikatnya, tekanan kita dapat dilepaskan dan diganti pula dengan jiwa yang tenang. Justeru, tidak dinafikan aktiviti beriadah dan berekreasi melepaskan stres kita di samping memberi persekitaran berbeza, bak kata peribahasa, jauh perjalanan, luas pemandangan.

     Rentetan itu, individu yang menghadapi masalah stres yang serius harus berjumpa dengan doktor. Hal ini demikian kerana doktor lebih berpengalaman dan tahu cara mengubatinya, persis kata mutiara, jauhari juga yang mengenal manikam. Apabila kita mengalami sakit kepala atau migrain, doktor dapat memberi khidmat kesihatan dan menasihati kita untuk menangani tekanan. Imbasan CT dapat menunjukkan kondisi otak manakala kepakaran doktor menganalisis dan mendiagnos diri kita untuk mengelakkan masalah ini bertambah ruwet, persis sebelum kudis menjadi tokak. Seterusnya, pemberian ubat-ubatan menenangkan jiwa boleh merawat gejala ini. Kita juga dapat bertanya dan menjelaskan kekeliruan kita. Intihanya, perkhidmatan doktor wajar diperoleh untuk menangani masalah stres kerana doktor memahami anatomi badan kita.

     Sebagai penggulung segala yang dibincangkan, masalah stres merupakan satu kekangan serius dan harus ditangani sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya tidak, nescaya masyarakat tidak dihembusi bayu keharmonian lantaran terikat dengan kehidupan rancak di bandar. Justeru, semua pihak harus bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam mencari jalan penyelesaian serta tidak memandang enteng terhadap polemik ini persis rumput di tepi jalan. Sesungguhnya, Beng Tju, seorang pemikir unggul pernah menukilkan kata-kata, “rakyat ialah akar bangsa, jika akarnya sihat, pokoknya sihat juga”. Tuntasnya, masalah stres perlu dibendung untuk menjamin masa depan masyarakat yang sejahtera, damai dan permai.



Jangan tinggal solat – Sebagai seorang umat islam, kita hendaklah melakukan perkara yang wajib dilaksanakan dan meninggalkan perkara yang salah. Dirikan lah solat lima waktu dan tingkatkan ibadah sunat akan membuat hati menjadi lebih tenang. Berdoa lah kepada Tuhan agar diberikan petunjuk dan masalah duniawi dapat diselesaikan dengan baik.Positif – Semua orang senang untuk mengatakan “saya seorang yang positif” tapi sebenarnya susah hendak dilakukan. Untuk menjadi seorang yang positif, kita hendaklah kuatkan semangat diri dan yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Fikirlah yang baik dan jadikan lah diri kita sebagai seorang yang berani menerima dan mahu mengubah untuk menjadi lebih baik. Tambahan lagi, tiada siapa yang dapat mengubah diri anda selain daripada kemahuan anda sendiri.Kawal emosi – Biasanya, tekanan akan menyebabkan mood menjadi tidak menentu. Adakalanya anda bermasam muka dan ada masanya anda akan marah secara tiba-tiba. Situasi tersebut adalah bergantung apa yang kita hadapi dan alami. Namun, semua itu tidak akan menyelesaikan masalah oleh itu adalah lebih baik jika kita mengawal emosi agar diri menjadi lebih tenang dan tidak mengikut perasaan.Ambil masa anda – Luangkan masa untuk bersendirian dan tenangkan fikiran anda yang sedang bercelaru tersebut. Anda boleh pergi ke tempat yang anda rasa boleh menenangkan fikiran anda disamping mencari penyelesaian terhadap situasi yang berlaku. Dengan bersendirian anda mampu berfikir dengan lebih baik dan mengurangkan perasaan tekanan tersebut.Luangkan masa dengan keluarga dan rakan anda – Ketika menghadapi tekanan, keluarga adalah penyembuh utama segala kedukaan di hati kita. Keluarga sentiasa ada di sisi kita ketika susah dan senang oleh itu bersama mereka adalah sesuatu yang membahagiakan dan mengembirakan. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa bersama rakan anda seperti beriadah dan makan malam bersama. Dengan itu, hati akan menjadi lebih ceria dari sebelumnya.

Diharap melalui panduan yang diberikan, kita dapat bersabar dan tabah dengan apa sahaja masalah yang di alami. Jangan mudah putus asa dan elakkan daripada melakukan perkara yang tidak baik ketika menghadapi tekanan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan