Kepentingan budaya tradisonal kita
Posted on 16 Mac, 2008 by admin
Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.
Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.
Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.
Salah satu tarikan pelancongan ialah budaya kita. Sebenarnya, keindahan pantai, landskap dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan tempat, misalnya di Indonesia dan di Negara Thai. Yang unik ialah budaya tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan kita. Tidak kurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untuk mengembangkan pelancongan.
Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.
Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.
Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya ! tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun clan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”.
Di samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional kita kian dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh diadakan
melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian, yang merencanakan sudut budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “Malaysia Hari lni” dan “Selamat Pagi Malaysia”.
Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang berbunyi “biar mati anak,jangan mati adat”. Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.
https://mazlan66.wordpress.com/2008/03/16/kepentingan-budaya-tradisonal-kita/
Artikel 2
Faktor-faktor kebudayaan
Bidang seni dan kebudayaan mempunyai tujuan tertentu. Sudah tentu kepentingan kedua-dua bidang ini memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya. Sejak berzaman lagi, bidang seni dan kebudayaan ini telah memainkan peranan yang amat penting kepada masyarakat Malaysia. Selain menjadi simbol perpaduan dan sosialisasi, seni dan kebudayaan juga merupakan aktiviti kesenggangan dan rekreasi yang amat penting dalam kalangan masyarakat kita.
Di antara fungsi-fungsi bidang seni dan kebudayaan ini adalah sebagai aktiviti riadah masyarakat. Masyarakat kita memang gemar beriadah khususnya apabila waktu kelapangan. Bagi masyarakat yang tinggal di kampung, masa senggang mereka diisi dengan aktiviti-aktiviti riadah seperti tarian, silat, muzik dan sebagainya. Mereka mempelajari sesuatu tarian bukan sahaja untuk tujuan keriangan sebaliknya mengisi masa lapang selain menjalin hubungan sesame mereka. Keadaan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti mereka. Dari sudut kesihatan, aktiviti seumpama ini dapat memberi satu bentuk senaman dan latihan anggota badan agar menjadi sihat dan cergas. Bagi golongan lelaki, aktiviti bersilat juga aktiviti riadah yang baik mengasah mental, emosi serta fizikal mereka agar sihat sejahtera.
Bagi aktiviti seni dan kebudayaan yang berkait rapat dengan agama, seluruh penduduk dan masyarakat kampung terbabit dalam aktiviti berkenaan. Dari sudut agama, hukumnya adalah wajib. Aktiviti-aktiviti seperti nasyid, marhaban dan hadrah merupakan aktiviti kesenian Islam yang berkait rapat dengan amalan keagamaan. Melalui aktiviti kesenian sebegini, pemupukan amalan keagamaan dapat dilaksanakan secara berkesan serta memberi keinsafan sebagai seorang Islam. Hal ini dapat mendidik ahli masyarakat supaya akur dengan perintah agama dan mengerjakan perkara-perkara yang wajib dan sunat.
Hubungan masyarakat adalah amat penting. Proses sosialisasi yang membabitkan sebilangan besar masyarakat adalah perlu bagai memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan mereka. Integrasi sosial ialah proses menyatupadukan berbagai-bagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masing-masing. Keadaan ini merupakan harapan bagi kebanyakan masyarakat, khasnya bagi masyarakat berbilang kaum (Ting, 1997). Proses sosialisasi ini menggambarkan hubungan etnik sosial dalam masyarakat. Melalui aktiviti ini, perpaduan antara kaum serta sikap saling hormat menghormati dapat dibentuk sekaligus melahirkan masyarakat majmuk yang harmoni.
Dari segi pendidikan, bidang ini dapat memupuk bakat dan minat dalam jangka masa panjang supaya memiliki ciri insan yang memiliki seni dan budaya, mempunyai citarasa seni yang tinggi dan kreatif. Dalam konteks sebagai guru yang mengajar di sekolah, pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran yang pelbagai serta mengintegrasikan unsur-unsur lain seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan supaya menjadi lebih berkesan dan kreatif. Peranan sebagai seorang guru seni yang kreatif dan inovatif amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus berkesan dan relevan. Hal ini dapat menjadikan murid-murid lebih berkreativiti bagi melahirkan insan pelajar yang celik dalam bidang seni dan kebudayaan.
Sebagai ahli dalam masyarakat, aspek komunikasi yang berkesan amat penting. Proses penyampaian komunikasi yang baik dan berkesan dapat mencerminkan perspektif sosialisasi yang baik. Bidang seni dan kebudayaan ini sebagai media mendidik dan mengkritik yang lazim digunakan pada zaman dahulu dan berkesan sebagai media komunikasi. Aspek seni seperti wayang kulit, wayang orang dan seni teater, syair dan seumpamanya mempunyai pesanan atau mesej dalam bentuk komunikasi lisan dengan tujuan mendidik masyarakat. Oleh yang demikian, komunikasi adalah alat dan sumber kepada manusia untuk terus berhubung dengan orang lain. Tuan Yacob (1998), menyatakan komunikasi sebagai informatif, iaitu seseorang individu itu mengerti dan mengetahui, dan juga sebagai persuatif, iaitu agar seseorang individu itu bersedia menerima sesuatu perubahan atau keyakinan untuk melakukan sesuatu perbuatan atau kegiatan.
Seterusnya, aspek identiti. Identiti masyarakat merupakan medium seni dan kebudayaan dalam masyarakat Malaysia. Aktiviti seni dan kebudayaan telah membentuk suatu identiti bangsa Malaysia yang amat unik sekali. Identiti ini seterusnya menjadi pegangan dan amalan hidup seharian masyarakat di negara kita. Keunikan identiti ini telah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai salah sebuah masyarakat di dunia yang mempunyai kepelbagaian amalan dan aktiviti seni dan kebudayaan. Justeru, hal ini merupakan simbol keagungan negara di mata dunia sebagai sebuah negara multikultural yang disanjung tinggi serta dihormati.
Penglibatan Masyarakat
Konsep budaya dan masyarakat memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat kata pepatah Melayu, ‘bagai aur dengan tebing’ begitulah keakraban hubungan kedua-dua entiti ini. Kepelbagaian budaya bukanlah merupakan halangan hubungan kaum di negara ini. Masyarakat Malaysia mulai menerima kepelbagaian budaya yang diamalkan dalam kehidupam seharian. Misalnya, amalan budaya makanan dalam masyarakat Malaysia semakin diterima dan dikongsi secara bersama. Menururt Zaid Ahamad et al,.(2013) semangat penerimaan kepelbagaian budaya ini sekaligus telah memajukan masyarakat Malaysia dengan nama ‘kesatuan dalam kepelbagaian’.
Dalam konteks seni dan kebudayaan yang melibatkan masyarakat secara keseluruhannya ianya banyak memberi manfaat serta penting dalam pertumbuhan hubungan antara kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan ini penglibatan masyarakat dalam memberi impak ke atas daya kecergasan fizikal, perpaduan kaum, dan pertumbuhan ekonomi.
Kecergasan Fizikal
Penglibatan masyarakat di dalam aktiviti seni dan kebudayaan dapat meningkatkan kecergasan fizikal. Hal ini dapat dibuktikan melalui aktiviti yang dilakukan iaitu permainan tradisional yang melibatkan banyak pergerakan yang ringkas tetapi mampu memberikan impak senaman ringan yang sesuai untuk dilakukan setiap hari. Melalui aktiviti seni dan kebudayaan di Malaysia berbentuk seni suara, seni gerak , seni rupa, dan permainan tradisional masyarakat dapat bergerak aktif dan menggunakan tulang empat kerat sepenuhnya. Pergerakan yang berlaku secara optimum ini bukan sahaja sebagai latihan fizikal tetapi juga dapat menyihatkan tubuh badan dan dapat dianggap sebagai satu bentuk senaman.
Bagi kebanyakan bentuk seni, seni tari misalnya tidak lepas daripada pergerakan. Suatu pergerakan yang berirama merupakan medium ekspresi individu melalui gerak-geri berirama yang indah yang membawa kepada kecergasan fizikal. Selain itu juga, aktiviti seperti galah panjang juga dapat meningkatkan kecergasan fizikal masyarakat kerana apabila mereka bermain bersama di dalam suasana yang gembira dan kondusif, mereka dapat menunjukkan seratus peratus potensi diri dan seterusnya menjamin kesihatan diri kerana aktiviti senaman seumpama ini dapat membakar kalori di dalam badan.
Perpaduan Kaum
Penumpuan penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti seni dan kebudayaan juga menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat perpaduan negara serta mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Aspek perpaduan kaum bukan suatu isu yang remeh temeh. Usaha yang berterusan untuk membangun nilai budaya yang positif dan mewujudkan satu Bangsa Malaysia adalah penting untuk mengekalkan perpaduan negara dan keharmonian dalam mencapai matlamat pembangunan terutamanya dalam suasana kepelbagaian etnik di Malaysia.
Sehubungan ini, beberapa kempen budi bahasa dan integriti ke arah memperkukuh nilai sosial dan sikap akan diberi penekanan. Kempen dan program lain yang berkaitan akan memberi tumpuan kepada perlunya rakyat Malaysia mengamalkan sikap bertolak ansur, hormat-menghormati dan nilai positif lain yang perlu untuk mengekal perpaduan negara, keharmonian sosial dan kemuafakatan. Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada bidang seni dan kebudayaan ini Program Merakyatkan Seni dan Budaya yang bertujuan untuk mendekatkan kembali seni kepada masyarakat serta menjadikan seni sebahagian daripada kehidupan seharian dilaksanakan. Aktiviti ini merangkumi persembahan seperti tarian tradisional dan moden, drama dan muzik serta aktiviti berkaitan seni dan kraf dan akan melibatkan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar. Program untuk mendidik dan menghebahkan kepentingan dan penghayatan nilai budaya, seni dan warisan di kalangan masyarakat diberi penekanan agar selari dengan hasrat penyatuan kaum di Negara ini dicapai. Kesemua ini amat penting kepada masyarakt bagi menjamin hubungan kaum terus terpelihara dan negara berada dalam keadaan aman dan sejahtera.
Ekonomi
Dari sudut ekonomi, aktiviti seni dan kebudayaan juga tidak kurang penting sumbangnya. Perkembangan semasa ekonomi global menunjukkan industri kreatif adalah salah satu sumber penting pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya di negara-negara maju. Misalnya, di Amerika Syarikat, industri ini telah menyumbang sebanyak USD$3 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Dalam perspektif ekonomi dan sosiobudaya Malaysia, industri kreatif telah memberi sumbangan sebanyak RM9.4 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2008 dan berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi serta memartabatkan budaya bangsa. Justeru, amat penting industri ini dibangunkan secara bersepadu dan terancang melalui satu dasar dan hala tuju yang komprehensif (Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia, 2005).
Antara lain, usaha yang berterusan diambil untuk membangun dan meningkatkan kualiti kraf Malaysia. Usaha ini meliputi penyelidikan dan pembangunan mengenai kaedah baru bagi meningkatkan kemahiran pertukangan serta membangunkan reka bentuk dan teknologi baru. Usaha mempromosi kraf Malaysia di pasaran tradisi dan baru dilaksanakan secara meluas dengan kerjasama sektor swasta. Kaedah pemasaran yang inovatif dan kreatif serta penjenamaan kraf negara diusahakan. Potensi ekonomi industri budaya kreatif terus berkembang dan menyediakan peluang perniagaan kepada para usahawan. Industri kraftangan juga dapat memastikan keutuhan ekonomi melalui bidang pelancongan iaitu menarik minat pelancong asing membeli barangan tersebut.
Justeru itu, penglibatan masyarakat amat penting bagi menarik kedatangan pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia, melalui aktiviti seni dan kebudayaan ini masih relevan dilakukan dan seterusnya dapat menjana ekonomi negara Malaysia.
Penglibatan Murid
Di peringkat bangku sekolah, penglibatan murid dalam aktiviti seni dan kebudayaan turut penting dan memberi kesan positif ke atas perkembangan diri dan kemajuan akademik mereka. Bagi memaksimumkan pencapaian ini,sebagai seorang murid yang berdaya saing dan tabah menghadapi cabaran, kemahiran komunikasi mereka juga turut terserlah di mana hubungan mereka secara personal dan interpersonal dapat ditingkatkan lagi sejajar dengan nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang lain di sekolah. Hubungan baik dengan rakan-rakan dan guru merupakan aspek yang penting bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat. Keadaan ini akan mendorong proses pengajaran dan pembelajaran ke tahap yang tinggi serta memberi faedah kepada semua pihak.
Aktiviti kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting di dalam membentuk sahsiah dan jati diri murid. Kepelbagaian budaya yang datang dari setiap pelosok negara turut mencorakkan lagi landskap kebudayaan dan kesenian di Malaysia. Dalam hal ini, aktiviti seni dan kebudayaan yang dapat melibatkan murid adalah aktiviti tarian dan permainan tradisional.
Tarian
Tarian adalah boleh didefinisikan sebagai sebagai suatu pergerakan yang berirama. Dalam kebudayaan masyarakat Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan, pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian-tarian ini termasuklah tarian siti payung, mak inang, asyik , gamelan dan sebagainya.
Berkenaan dengan penglibatan murid dalam seni tarian ini ianya lazim berlaku di peringkat sekolah. Murid-murid selalunya mengemari aktiviti tarian ini sejak kecil lagi dan bergerak aktif sebagai gerak kerja luar bilik darjah mereka. Penglibatan murid-murid dalam tarian dapat menonjolkan lanskap bakat dan potensi diri mereka keseluruhannya. Dalam pergerakan seni tarian ini, pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif (meliputi aktiviti gerak tari) bertujuan untuk membantu murid-murid menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing(expressive and functional ).
Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana murid-murid bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari. Potensi pergerakan murid-murid boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keiginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu satu cara untuk memuaskan keiginan untuk begerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-tari yang berentak dan berirama dalam tarian.
Di sekolah proses pengintegrasian merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak jenis pengintegrasian yang boleh dijalankan dalam pengajaran di sekolah. Antaranya pengintegrasian pelbagai kemahiran dan mata pelajaran tertentu dalam konteks kurikulum di sekolah rendah. Bagi aktiviti seni tarian ini, pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan adalah yang berkaitan dengan integrasi Seni Visual dalam pendidikan, muzik dan pergerakan.Pengintegrasian ini banyak memberi manfaat kepada pelajar terutama dalam menguasai kemahiran belajar dan seterusnya mengembangkan bakat serta potensi mereka dalam bidang tarian.
Banyak peluang dan ruang untuk mereka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang berguna dalam usaha melatih mereka menjadi pelajar yang aktif dan progresif. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.
Permainan Tradisional
Penglibatan murid-murid dalam permainan tradisional juga penting. Ianya bukan sahaja memenuhi tuntutan kurikulum tetapi yang lebih penting sebagai usaha mempertahankan jenis permainan ini tidak pupus dan diketepikan oleh golongan muda. Di peringkat sekolah telah ditubuhkan banyak kelab permainan dalaman seperti congkak, batu seremban dan sebagainya. Ini bagi mendedahkan murid kepada aktiviti permainan tradisional bermula daripada peringkat sekolah rendah lagi. Lazimnya, permainan ini bersifat kekampungan sahaja dan dimainkan oleh golongan dewasa sahaja. Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan jenis-jenis permainan tradsional ini dipelajari di sekolah-sekolah adalah tepat demi kelangsungan permainan ini terus terpelihara dan diminati golongan generasi muda.
Di Malaysia permainan tradisional ini juga dikenali sebagai permainan rakyat atau folk games. Permainan ini juga dikenali sebagai pemainan masa senggang atau sukan rakyat. Permainan rakyat berfungsi sebagai medium hiburan, sosialisasi dan meningkatkan kecergasan. Selain itu, permainan rakyat juga menjadi aktiviti utama untuk menyerikan majlis keramaian dan perkahwinan pada zaman sebelum kemerdekaan. Bagi permainan tradisional yang melibatkan murid-murid termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain. Permainan tradisional ini wujud sejak sekian lama lagi, permainan ini mudah, jimat dan boleh dimainkan bila-bila dan di mana sahaja. Selain melibatkan kos yang rendah, permainan tradisional ini melibatkan penggunaan bahan yang mesra alam berbanding alatan dalam permainan moden.
Penglibatan murid-murid dalam permainan tradisional ini tidak harus dipandang sepi. Mereka harus didedah pada peringkat awal lagi dan diberi peluang mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan, justeru, penglibatan murid secara langsung dalam permainan tradisional ini nescaya dapat mempopularkan permainan ini dan mengelakkan ianya pupus dan lenyap begitu sahaja di negara ini.
http://kemayangambai.blogspot.my/2014/11/kepentingan-seni-dan-kebudayaan-kepada.html
Artikel 3
Kelebihan kebudayaan
Marcapada itu, tanpa kita sedar ataupun tidak warisan budaya kita juga telah banyakmenyumbang dalam sektor ekonomi, terutamanya sektor perlancongan yang telah meningkatpembangunanya dari tahun ke tahun disebabkan oleh kedatangan pelancong asing untuk melihatsendiri keunikan budaya masyarakat di Negara kita contohnya, persembahan teater tradisionalseperti bangsawa, makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Selain itu ada jugapelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Adayang tinggal bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan kita dengan mengikutiprogram-program ‘homstay’ yang mampu menjana pendapatan penduduk luar bandar.
Tidakkurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budayapenting untuk mengembangkan pelancongan merancakkan lagi ekonomi negara. Selain itu, budaya penting untuk dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melaluibudaya tradisional, kita dapat mengetahui asal usul kita dan cara hidup masyarakat kita yangunik dan penuh dengan keplebagaian. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kitaakan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar.Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bagaimana yangbanyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya, yang akan menimbulkankesedaran agar tidak dijajah oleh bangsa lain yang bersikap menanam tebu di tepi bibir. Kita jugaboleh mengambil pengajaran diripada peristiwa tersebut agar tidak bersikap seperti lembudicucuk hidung yang hanya menuruti arahan orang lain. Oleh itu budaya kita haruslah dikekalkanagar menjadi iktibar generasi akan datang.
Di samping itu, budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya luar yang bolehmenghanyutkan remaja kita, contohnya budaya hedonisme iaitu budaya yang mengagung-agungkan hiburan. Sehubungan itu, pengekalan warisan ini juga bertujuan untuk memupuk jatidiri masyarakat, sifat prihatin dan juga kesantunan dalam diri remaja sekarang, yang selalubergolak dengan kes-kes buli misalnya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita juga bolehmenyelesaikan masalah sosial hanya dengan mengamalkan warisan budaya kita tanpamengambil jalan yang sukar umpama ada tangga hendak memanjat tiang. Dengan ini, rakyat kitatidak dihanyutkan oleh budaya Barat dengan mudah. Yang ada pada hari ini berpunca daripadayang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.
Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaanwarisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameranuntuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budayasendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukanbudaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat.Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisanbudaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.
Sehubungan itu, langkah-langkah memulihara warisan 1 malaysia haruslah dilaksanakandengan mengadakan pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum diMalaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional kitakian dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kitadengan lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh diadakanmelalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media massa jugadigalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian, yang merencanakan sudutbudaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harusdipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “MalaysiaHari lni” dan “Selamat Pagi Malaysia”. Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan.Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan SeniBudaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya ! tradisional sebagai aktivitikokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional akanmengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminatuntuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akanmembolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapatdihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”. Secara tuntasnya, janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton dimuzium, bak pepatah yang berbunyi “biar mati anak,jangan mati adat”. Oleh itu, usahamemupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapukdek hujan.
https://documents.tips/documents/karangan-faedah-mengekalkan-warisan-budaya-malaysia.html
Artikel 4
Kesan-kesan Budi bahasa terhakis
SASTERAWAN Negara Usman Awang semasa hayatnya pernah menghasilkan sebuah puisi menggambarkan sikap orang Melayu yang begitu menjunjung tinggi adab dan kesantunan.
"Melayu itu orang yang bijaksana,
Nakalnya bersulam jenaka,
Budi bahasanya tidak terkira,
Kurang ajarnya tetap santun,
Jika menipu masih bersopan,
Bila mengampu bijak beralas tangan."
Demikian bait-bait puisi nukilan beliau yang melambangkan bagaimana orang Melayu begitu mementingkan perihal kesantunan, adab dan budi bahasa.
Namun, bak kata pepatah, 'lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang'. Orang Melayu kini dilihat semakin hilang arah apabila pengamalan nilai budi bahasa dan sopan santun semakin terhakis.
Walaupun pahit untuk diterima, tetapi itulah hakikatnya apabila orang Melayu sudah tidak mahu lagi mengangkat martabat Melayu itu sendiri.
Berbicara soal budi bahasa, kita boleh lihat bagaimana cara pertuturan generasi muda zaman sekarang.
Mereka sudah tidak lagi segan silu bercakap kasar bukan saja ketika di kalangan rakan sebaya bahkan pada mereka yang lebih berusia.
Pendapat sama turut diakui Karyawan Tamu, Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim.
Menurutnya, fenomena terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam kalangan orang Melayu terjadi akibat perubahan sistem nilai masyarakat hari ini.
"Sistem nilai orang Melayu sekarang sudah berubah kerana orang Melayu zaman dahulu lebih pentingkan orang lain seperti orang tua, dan guru.
"Ini kerana orang dahulu amat menghormati golongan yang lebih tua, dan bukannya kedudukan dan pangkat seperti sekarang," katanya.
Nik Safiah yang terkenal sebagai pejuang mendaulatkan bahasa Melayu turut memberitahu, sistem nilai orang Melayu kini lebih cenderung menghormati dan mengangkat martabat seseorang dari segi kedudukan dan pangkatnya.
Katanya lagi, orang Melayu juga semakin hilang jati diri dan tidak lagi memegang budi bahasa sebagai lambang kedaulatan Melayu kerana pemikiran mereka telah dipengaruhi unsur luar.
Selain faktor perubahan sistem nilai dan pengaruh pemikiran luar, amalan berbudi bahasa juga semakin terhakis akibat pengaruh filem dan bahan bacaan yang kerap kali menggunakan bahasa pasar, kasar dan lucah.
"Kalau dilihat sekarang dialog dalam filem-filem tempatan juga tidak lagi mencerminkan identiti orang Melayu yang terkenal dengan sifat berbudi bahasa.
"Adegan dan pertuturan dalam filem tertentu lebih banyak menggunakan bahasa kasar yang boleh memberi kesan yang tidak baik kepada penonton kanak-kanak dan remaja yang menontonnya," ujar Nik Safiah.
Dalam pada itu, perubahan dari segi penggunaan bahasa yang baik dalam novel turut berubah apabila semakin banyak penulis novel di pasaran hari ini menggunakan bahasa pasar dalam hasil karya mereka.
Situasi ini perlu dipandang serius memandangkan secara majoritinya novel adalah bahan bacaan yang paling laris dan popular di kalangan remaja.
Nik Safiah berkata, perkahwinan campur antara orang Melayu dengan kaum lain sama ada Cina, India atau orang asing juga boleh mendorong kepada terhakisnya amalan berbudi bahasa di kalangan generasi muda.
"Sebenarnya proses pembelajaran anak-anak bermula di rumah, jadi sekiranya ibu bapa berkahwin campur kemungkinan besar mereka ini tidak akan mengajar anak-anak mengenai amalan berbudi bahasa dan bersopan santun.
"Sekiranya situasi ini terus berlaku ia boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan masyarakat Melayu dan lama-kelamaan identiti Melayu itu akan lenyap," katanya.
Tambahnya lagi, identiti orang Melayu juga terhakis melalui aspek pemakaian.
"Orang Melayu kini tidak lagi mahu memakai pakaian Melayu seperti baju kurung dan baju Melayu, sebaliknya mereka lebih gemar dan berbangga mengenakan pakaian yang kurang sopan akibat pengaruh pemikiran Barat," katanya.
Justeru beliau berkata, bagi mengembalikan semula generasi Melayu yang berbudi bahasa dan memegang kuat kesantunan Melayu, mereka sendiri harus bangun berganding bahu mewujudkan identiti sendiri.
"Tegur menegurlah, yang tua menegur yang muda begitu juga sebaliknya, sama-sama kena terima, daripada situlah terbentuknya amalan berbudi bahasa,"katanya.
Sementara itu, Penggiat Budaya, Zubaidah Sual pula berkata, dalam soal ini, ibu bapa adalah golongan yang perlu memainkan peranan ke arah pembentukan jati diri dan budi pekerti yang baik di kalangan anak-anak.
"Ibu bapa sekarang berdepan dengan situasi yang sangat mencabar kerana mereka perlu menggunakan pendekatan yang sangat berbeza bagi memastikan anak dirumah mendapat didikan yang sewajarnya.
"Bagaimanapun, kadangkala ibu bapa telah memberikan didikan yang sempurna di rumah, tetapi anak pula yang membawa pulang perkataan yang kurang enak didengar dari sekolah.
"Sebab itu saya rasa pihak sekolah terutamanya guru harus menanamkan amalan berbudi bahasa di kalangan pelajar supaya generasi Melayu berbudi dapat dibentuk semula," ujarnya.
"Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa."
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131010/ke_04/Budi-bahasa-makin-terhakis#ixzz4r3ozjBF3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel 5
Budaya melambangkan
identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat
majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik
dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti
masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan
mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap
orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita
bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan
saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum.
Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu
dikekalkan.
Budaya
tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan
nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan
rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan
amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat
handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima
dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat
Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan
siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.
Salah satu
tarikan pelancongan ialah budaya kita. Sebenarnya, keindahan pantai, landskap
dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan tempat, misalnya di
Indonesia dan di Negara Thai. Yang unik ialah budaya tradisional kita, misalnya
persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti
kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin
mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita
dikampung untuk merasai kehidupan kita. Tidak kurang pula yang merakamkan
perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untuk
mengembangkan pelancongan.
Budaya perlu
dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita
mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan.
Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari
sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita
tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang
Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita
yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak
dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang
silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.
Sejak berzaman
lagi, kebudayaan ini telah memainkan
peranan yang amat penting kepada masyarakat Malaysia. Selain menjadi simbol
perpaduan dan sosialisasi, seni dan kebudayaan juga merupakan aktiviti
kesenggangan dan rekreasi yang amat penting dalam kalangan masyarakat kita.
Di antara fungsi-fungsi bidang seni dan kebudayaan ini
adalah sebagai aktiviti riadah masyarakat. Masyarakat kita memang gemar
beriadah khususnya apabila waktu kelapangan. Bagi masyarakat yang tinggal di
kampung, masa senggang mereka diisi dengan aktiviti-aktiviti riadah seperti
tarian, silat, muzik dan sebagainya. Mereka mempelajari sesuatu tarian bukan
sahaja untuk tujuan keriangan sebaliknya mengisi masa lapang selain menjalin
hubungan sesame mereka. Keadaan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim
dalam kalangan komuniti mereka. Dari sudut kesihatan, aktiviti seumpama ini
dapat memberi satu bentuk senaman dan latihan anggota badan agar menjadi sihat
dan cergas. Bagi golongan lelaki, aktiviti bersilat juga aktiviti riadah yang
baik mengasah mental, emosi serta fizikal mereka agar sihat sejahtera.
Bagi aktiviti seni dan kebudayaan yang berkait rapat dengan
agama, seluruh penduduk dan masyarakat kampung terbabit dalam aktiviti
berkenaan. Dari sudut agama, hukumnya adalah wajib. Aktiviti-aktiviti seperti
nasyid, marhaban dan hadrah merupakan aktiviti kesenian Islam yang berkait
rapat dengan amalan keagamaan. Melalui aktiviti kesenian sebegini, pemupukan
amalan keagamaan dapat dilaksanakan secara berkesan serta memberi keinsafan
sebagai seorang Islam. Hal ini dapat mendidik ahli masyarakat supaya akur
dengan perintah agama dan mengerjakan perkara-perkara yang wajib dan sunat.
Hubungan masyarakat adalah amat penting. Proses sosialisasi
yang membabitkan sebilangan besar masyarakat adalah perlu bagai memupuk
semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan mereka. Integrasi sosial ialah
proses menyatupadukan berbagai-bagai kelompok dalam masyarakat melalui satu
identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masing-masing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan