KEDUDUKAN BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu di Malaysia memiliki status sebagai bahasa kebangsaan dan ini adalah salah satu kedudukan penting bagi Bahasa Melayu di Malaysia. Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia.Perkara 152 menyebut:
>Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah digunakan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh parlimen dengan syarat iaitu tidak seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan atau daripada mengajarkan atau belajar mana-mana bahasa asing. Syarat lain adalah tiada apa-apa yang boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan serta pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan telah mengakui kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, namun penggunaannya dalam acara-acara rasmi belum ditekankan. Maka pada tahun 1963, Akta Bahasa Kebangsaan telah dikeluarkan yang bermaksud mengukuhkan kembali kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sebelum di akui sebagai bahasa rasmi, ternyata Bahasa Melayu sah digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan di bahagian pendidikan. Penyata Razak telah diterbitkan pada tahun1956 bagi mengusulkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam proses belajar dan mengajar di lembaga pendidikan dan akhirnya ia dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961 (kini Akta Pendidikan 1996). Antara kedudukan dan status bahasa kebangsaan ialah :
>Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
>Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
>Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961)
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.
Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda.
Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—
>
tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain,dan
tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.
(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih— segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkanoleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris. (
4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris: Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.
(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.
(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.
Merkur-Razor 510P HD (Ford Fusion Titanium)
BalasPadam› wiki › Merkur-Razor- how strong is titanium › wiki › Merkur-Razor- Nov 17, 2021 — Nov 17, 2021 Merkur-Razor 510P HD (Ford Fusion Titanium) titanium cookware Merkur-Razor 510P 2021 ford escape titanium hybrid HD (Ford Fusion Titanium) Merkur-Razor 510C (Ford Fusion Titanium) Merkur-Razor 510C (Ford Fusion Titanium) does titanium set off metal detectors Merkur-Razor 510P t fal titanium HD (Ford Fusion Titanium)
j517g1wmqcw012 japanese sex dolls,vibrators,sex chair,wolf dildo,Rabbit Vibrators,pink dildoe,realistic dildos,vibrators,wholesale sex toys z896p8izhvn566
BalasPadam